CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 266|Reply: 0

[Pulau Pinang] Cubaan seleweng 400 liter diesel gagal

[Copy link]
Post time 23-6-2022 06:15 PM | Show all posts |Read mode
Cubaan seleweng 400 liter diesel gagal
SYAJARATULHUDA MOHD ROSLI | | 23 Jun 2022




Lori yang dipandu seorang lelaki warga tempatan disita untuk tindakan lanjut. (Gambar kecil) Penguatkuasa KPDNHEP Pulau Pinang sedang memeriksa lori dan barang rampasan.


BUKIT MERTAJAM - Seorang lelaki warga tempatan ditahan bersama sebuah lori yang membawa 400 liter diesel bersubsidi dipercayai cuba diseleweng di Taman Permai Jaya, di sini pada jam 6.30 petang Rabu.


Ketua Pegawai Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Pulau Pinang, A Mogan berkata, selain diesel, turut dirampas dua buah tangki simpanan berkapasiti 2,000 liter dan satu unit motor pam yang disyaki digunakan untuk kerja penyelewengan.


Menurutnya, lelaki yang juga pemandu lori berusia lingkungan 30-an itu ditahan untuk siasatan lanjut.


"Serbuan dijalankan oleh sepasukan penguatkuasa KPDNHEP Pulau Pinang selepas menerima maklumat daripada orang awam. Sebelum itu, kita mengekori sebuah lori jenis Daihatsu di kawasan perindustrian Bukit Minyak.


"Setelah mengekori sehingga ke Taman Permai Jaya, kita menahan lori tersebut dan pemeriksaan mendapati, ia membawa 400 liter diesel dan beberapa barangan lain dengan nilai keseluruhan RM22,160," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.


Mogan berkata, KPDNHEP Pulau Pinang telah menyita lori berkenaan dan kesemua barangan rampasan untuk tindakan lanjut.


"Kita juga menahan pemandu lori untuk siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961.


"Mana mana-mana orang jika disabitkan kesalahan boleh dikenakan penalti sehingga RM1 juta atau penjara selama tiga tahun atau kedua-duanya sekali bagi kesalahan pertama manakala kesalahan kedua dan seterusnya denda tidak melebihi RM3 juta atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya," katanya.


Tambahnya, bagi pertubuhan atau perbadanan, denda tidak melebihi RM2 juta bagi kesalahan pertama dan RM5 juta bagi kesalahan kedua dan seterusnya.


"KPDNHEP mengingatkan mereka yang cuba menyalahgunakan barang kawalan bersubsidi akan diambil tindakan tegas. Kita juga mengalu-alukan sebarang maklumat atau aduan dari orang awam berhubung aktiviti penyelewengan barang kawalan bersubsidi.


"Sebarang aduan, pengguna boleh menyalurkan kepada KPDNHEP untuk tindakan selanjutnya melalui beberapq saluran aduan antaranya Bilik Gerakan KPDNHEP Negeri Pulau Pinang di talian


Call Centre 1 800 886 800 atau WhatsApp KPDNHEP di talian 019-279 4317," katanya.



Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... -liter-diesel-gagal
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 03:56 PM GMT+8 , Processed in 0.892768 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list