CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 326|Reply: 1

Guan Eng Desak Kerajaan Larang TNB Naikkan Tarif Elektrik

[Copy link]
Post time 23-6-2022 03:21 PM | Show all posts |Read mode
Kerajaan seharusnya tidak membenarkan Tenaga Nasional Berhad (TNB) menaikkan tarik elektrik mulai bulan depan dan seterusnya.


Menurut Pengerusi DAP, Lim Guan Eng, TNB berada dalam kedudukan boleh menyerap kenaikan harga gas dan arang batu.


"Keuntungan bersih TNB meningkat kepada RM3.66 bilion bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis 2021 daripada RM3.59 bilion pada tahun sebelumnya berikutan keuntungan operasi 2021 yang meningkat sebanyak RM742 juta sebanyak RM8.08 bilion berbanding RM7.36 bilion pada 2020," katanya dalam satu kenyataan, pada Khamis.




Foto: The Malaysian Reserve




Mengulas lanjut, Ahli Parlimen Bagan itu turut mempersoalkan langkah kerajaan dalam menangani kekurangan pekerja disebabkan halangan Kementerian dan birokrasi bagi membawa masuk pekerja asing.


"Kekurangan pekerja yang teruk telah memberi kesan buruk kepada semua sektor daripada perladangan, pembuatan, pelancongan dan perkhidmatan.


"Bukan sahaja perniagaan terpaksa ditutup, malah ramai yang enggan menerima tempahan baharu atau beroperasi di bawah kapasiti seperti hotel yang memberi kesan kepada pertumbuhan ekonomi," jelasnya.


Guan Eng turut kecewa dengan pakej Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) Tambahan yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.


"Bagaimanakah pakej bernilai RM630 juta membantu rakyat menghadapi kenaikan harga dan penghapusan subsidi ayam, telur dan minyak masak botol?


"Sebagai perbandingan, Singapura dengan KDNK (Keluaran Dalam Negara Kasar) per kapita hampir lima kali lebih tinggi daripada Malaysia telah mengumumkan pakej bantuan S$1.5 bilion atau RM4.7 bilion yang tujuh kali ganda lebih besar daripada pakej bantuan Malaysia.


"Bantuan kewangan RM630 juta ini mengecewakan bukan sahaja dalam jumlah yang kecil tetapi juga tidak menyeluruh untuk membantu rakyat Malaysia dalam M40 serta perusahaan kecil dan sederhana," katanya.




Sumber: AWANI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-6-2022 04:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Elok LGE utamakan perbicaraannya di Mahkamah.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 05:20 AM GMT+8 , Processed in 0.049409 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list