CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 828|Reply: 3

Nizam Laksamana Botakkan Kepala, Tanda Sokongan Isteri Bertarung Kanser Payudara

[Copy link]
Post time 23-6-2022 02:45 PM | Show all posts |Read mode
Penyanyi Nizam Laksamana mengambil pendekatan membotakkan kepalanya sebagai tanda sokongan buat isterinya, Salwati Zulkifli yang berperang dengan kanser payudara.


Nizam mengakui fasa yang dilalui meruntun hatinya apabila terpaksa melihat isterinya berjuang untuk kembali sihat seperti sedia kala.


Foto: via Harian Metro




"Dia adalah seorang wanita yang hebat kerana berjaya tahan sakit dan melalui proses kemoterapi sebanyak enam kali.


"Bukan semua orang boleh menahan sakit ketika proses berkenaan. Tanyalah Elyana. Bila sampai rawatan keempat dan seterusnya, rambut mula gugur.


"Atas permintaan isteri, saya botakkan kepalanya. Saya juga turut botakkan kepala tanda memberi sokongan," kata Nizam.


Terdahulu, media pernah melaporkan Salwati terpaksa dimasukkan ke hospital kerana masalah kemurungan, ketika sedang menjalani rawatan bagi memulihkan dirinya daripada kanser payudara sekitar tahun lalu.


Nizam berkata, banyak hal melibatkan emosi yang harus ditempuhi ketika fasa itu. Namun, dia berasa bersyukur kerana isterinya kini sudah kembali pulih dan dapat menjalani kehidupan sama seperti individu normal lain.


Dalam pada itu, Nizam berkata, ujian yang diterima oleh isteri telah menerbitkan rasa kesabaran yang tinggi dalam dirinya.


"Isteri saya pernah menghidap kanser payudara dan penyakit itu berlanjutan sekitar setahun lebih. Namun alhamdulillah, kanser dia dah hilang.


"Jujurnya, saya bukanlah jenis orang yang sabar. Tapi saya berdoa pada Allah agar diberikan kekuatan untuk terus menjaga isteri ketika dia memerlukan saya.


"Apabila berada dalam kesakitan, emosinya terganggu. Jadi saya kena banyak sabar. Saya jaga keperluan hariannya seperti menyuapkan makanan dan menukarkan baju. Saya pastikan saya sentiasa berada di sisinya. Alhamdulillah, Allah permudahkan segalanya dan isteri saya kini sudah kembali sihat sepenuhnya," katanya. -CARI


Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-6-2022 02:53 PM | Show all posts
Berjaya juga showcase dia hari tu kumpul otai2 perform. Tahniah. Moga isteri juga cepat sembuh.
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2022 02:56 PM | Show all posts
semoga dipermudahkan segala urusan beliau sekeluarga.
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2022 03:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Alhamdulillah semoga mudah urusan sekeluarga. Tahniah bang sebab jaga isteri yang sakit elok2. Bila wife happy inshaAllah cepat sembuh sakit tu.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...AZAM TAHUN 2025...
seribulan...AZAM TAHUN 2025...
Views : 54459 Replies : 20
...BYE 2024, HELLO 2025...
seribulan...BYE 2024, HELLO 2025...
Views : 54446 Replies : 4
Filem Filem Hebat Karya Pengarah Woody Allen
mat_arofFilem Filem Hebat Karya Pengarah Woody A
Views : 10545 Replies : 33
Mutu penganjuran konsert Biduanita-Judika hauk (taraf funfair ramai rasa tertipu)!!
maklukpenggodaMutu penganjuran konsert Biduanita-Judik
Views : 18723 Replies : 31
Hafidz Roshdi vs. Ngai
maklukpenggodaHafidz Roshdi vs. Ngai
Views : 282688 Replies : 8340
SNOW WHITE (2024)
SY_MumiSNOW WHITE (2024)
Views : 2266 Replies : 18
RUMAH BORAK BORNEO~ARAM BERANDAU
VellfireRUMAH BORAK BORNEO~ARAM BERANDAU
Views : 64501 Replies : 396
'Tak takut ke esok Allah hisab?'- pendedahan bekas kontraktor Che Ta
maklukpenggoda'Tak takut ke esok Allah hisab?'
Views : 41684 Replies : 147
Sekumpulan Wanita Kongsi Tidak Mahu Lelaki Kelantan yang mereka takkan ‘date’ atau menjalinkan hubungan cinta.
YgBenarSekumpulan Wanita Kongsi Tidak Mahu Lela
Views : 2929 Replies : 0
madu gula tok matahari
aaanf14madu gula tok matahari
Views : 98662 Replies : 1017

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-12-2024 10:27 AM GMT+8 , Processed in 0.217317 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list