Sumber IG
Selepas aktor, Aiman Hakim Ridza dan isterinya yang juga seorang aktres, Zahirah MacWilson mendirikan rumah tangga, kedua-dua pelakon itu terus saling menyokong karier seni lakonan satu sama lain.
Memetik laporan Media Hiburan, kata Aiman, isterinya seorang yang bersikap terbuka dan berfikiran matang memandangkan adakalanya aktor itu akan digandingkan bersama pelakon wanita menerusi mana-mana naskhah.
"Setiap kali balik ke rumah selepas selesai penggambaran, saya akan berkongsi dan beritahu dia setiap babak yang saya telah lakonkan pada hari itu.
"Kadang ada juga saya bertanya pada dia, sama ada babak yang saya lakonkan itu adalah satu tindakan yang betul atau sebaliknya sebab status saya sekarang pun dah lain.
"ada masa sama, Zahirah banyak bantu saya daru segi berkongsi idea. Jadi, saya bersyukur kerana memiliki seorang isteri seperti Zahirah dalam hidup saya," katanya.
Tampil menerusi siri baharu She Was Pretty, adaptasi drama popular Korea Selatan dengan judul yang sama, Aiman bergandingan dengan pelakon, Diana Danielle yang melakonkan karakter sebagai pasangannya dalam drama tersebut.
Kata Aiman, Zahirah sentiasa memberikan galakan kepada dirinya sepanjang menjayakan rantaian tersebut.
"Zahirah pernah berjumpa dengan Diana Danielle. Jadi, apabila dia tahu saya bakal digandingkan bersama Diana, dia lebih ke arah ingin tahu bagaimana pengalaman bekerjasama dengan aktres tersebut.
"Manakala dari segi sokongan moral pula, Zahirah adalah seorang yang sangat matang dan selalu memberikan sokongan moral kepada saya," katanya. -CARI
|