CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 713|Reply: 0

Penamat kedua pusingan ketiga jadi azimat Norhakim di Terengganu

[Copy link]
Post time 23-6-2022 10:57 AM | Show all posts |Read mode

Pelumba ONEXOX Racing, Md Norhakim Md Norhafizullah.

KUALA LUMPUR: Penamat tempat kedua diraih pada Pusingan 3 Kejuaraan Cub Prix Malaysia 2022 bakal menjadi azimat buat pelumba ONEXOX Racing, Md Norhakim Md Norhafizullah di Litar Terengganu pada Jumaat dan Sabtu ini.

Norhakim berjaya menaiki podium buat julung kali dalam kariernya dalam kelas CP125 di Litar Antarabangsa Sepang (Selatan) baru-baru ini dan untuk pusingan seterusnya di Terengganu, dia berazam untuk mengulangi kejayaan berkenaan.

Litar di Pantai Timur itu dianggap sebagai sebuah trek yang teknikal namun bagi Norhakim, dia sudah bersedia mengharungi cabaran dengan melakukan persiapan daripada sudut fizikal dan mental.

"Saya akan cuba mengulangi kejayaan seperti di Litar Sepang sebelum ini," katanya. "Untuk itu, saya meneruskan latihan kecergasan fizikal supaya dapat menguasai Litar Terengganu yang agak teknikal.



"Litar Terengganu adalah litar kegemaran saya. Saya dan rakan sepasukan akan melakukan yang terbaik untuk berjaya padda pusingan keempat nanti. Matlamat kali ini adalah mengumpul sebanyak mata yang mungkin bagi pasukan saya."

Pelumba yang memasuki tahun kedua dalam kelas CP125 itu kini berada di tangga keenam keseluruhan dengan 20 mata manakala Md Hafiza Rofa (ONEXOX TKKR Racing Team) mendahului carta dengan 75 mata.

Untuk rekod, pada Pusingan 5 dan 6 yang berlangsung di Terengganu musim lalu, Norhakim yang berasal dari Kelantan, menamatkan kedua-dua perlumbaan masing-masing di tempat ke-19 dan kelapan.
https://www.bharian.com.my/sukan ... hakim-di-terengganu

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 05:43 PM GMT+8 , Processed in 0.134262 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list