Lumrah bagi setiap pasangan yang mendirikan rumah tangga, pasti mereka mengharapkan rezeki untuk memiliki cahaya mata.
Kehadiran seorang anak boleh menjadi penyejuk hati buat ibu dan bapa, terutamanya anak yang pertama. Mesti rasa teruja dan tak sabar untuk melihat wajah anak.
Baru-baru ini, tular video yang dikongsikan oleh seorang pengguna Tiktok yang dikenali sebagai Naa_Eyna yang memaparkan detik indah ketika dia dan suaminya melakukan pemeriksaan ultrasound di sebuah klinik swasta baru-baru ini.
Memandangkan ini merupakan kehamilan pertamanya sejak bernikah pada bulan Februari yang lalu, wanita ini sama sekali tidak menyangka bahawa suaminya menangis apabila melihat 'ultrasound' anaknya. Hal ini menyebabkan wanita itu dan doktor di situ terus ketawa melihat gelagat suaminya.
Ketika doktor 'zoom' sehingga menampakkan bentuk wajah dan hidung anak di dalam kandungan wanita itu, suaminya sekali lagi mengalirkan air mata. Wanita itu juga berharap bahawa janin itu akan berkembang sihat sehingga saat dilahirkan.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen terharu melihat reaksi suami Eyna yang tidak sabar untuk melihat anak mereka. Selain itu, ramai juga yang mengambil kesempatan itu untuk berkongsikan pengalaman lucu suami masing-masing ketika menemani mereka membuat check up kehamilan sebelum ini. - CARI
Ramai je macam tu tapi tak da lah nak viral kan di media social. Kalau tak caya cuba tanya bapak atau atuknya dulu ada teriak tu macam tu juga. Mesti rata2 kata ada.