CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 977|Reply: 0

'Aurat wanita bukan sekadar tutup rambut atau kepala' - Ustaz Mohd Zawawi

[Copy link]
Post time 22-6-2022 05:38 PM | Show all posts |Read mode
'Aurat wanita bukan sekadar tutup rambut atau kepala' - Ustaz Mohd Zawawi


Ustaz Mohd Zawawi.

Kuala Lumpur: Kontroversi membabitkan empat selebriti dan usahawan wanita dengan aksi tepuk punggung mereka baru-baru ini hingga tular mencetuskan pelbagai kritikan.

Bukan saja dalam kalangan warganet tapi juga mendapat perhatian golongan agamawan.

Kemuncak daripada isu itu mereka dipanggil Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) memberi keterangan bagi membantu siasatan dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Susulan itu, pendakwah terkenal, Datuk Ustaz Mohd Zawawi Yusoh memberi peringatan bahawa meraih perhatian khalayak pada zaman media sosial perlu patuh syariah.

Zawawi berkata, golongan wanita terutamanya perlu cakna bahawa menjaga aurat bukan sekadar menutup rambut atau kepala semata-mata.

"Nak raih perhatian, kita kena cari dengan cara syariah juga. Maksudnya, bayangkan anggota badan perempuan ini sebenarnya bukan tutup aurat dan rambut saja. Rambut itu kecil tapi ada lagi yang besar, tutup badan, perangai dan akhlak.

"Masalah orang perempuan, mereka ada bahagian badan tertentu yang boleh menyebabkan haram itu berbeza. Tunjuk rambut, haram juga tapi bila tunjuk dada, haramnya lagi. Apatah lagi kalau main tepuk-tepuk punggung untuk tujuan tak elok, konon nak tular.

"Lepas itu respons orang kita pun. Orang kita ini suka benda-benda peliklah. Orang cakap, buat benda pelik, anda akan terkenal," katanya.

Zawawi yang ditemui pada pelancaran Kempen Haji TV Alhijrah berkata, benda pelik terbahagi kepada dua iaitu yang betul dan tidak betul.

"Contoh pelik yang betul, panjat bukit. Itu pelik. Yang pelik tak betul, panjat tempat yang tak patut duduk dan kemudian tangkap 'selfie' boleh sebabkan kematian di situ.

"Orang Arab kata, kamu kencing atas air zam zam, kamu akan dikenali. Jadi, orang kenal kita kencing atas air zam zam bukan sebab dan perjuangannya betul tapi disebabkan kebodohan.

"Ada ketika, kita buat benda pelik tapi kita tunjukkan kebodohan kita. Dalam syariah, kalau boleh orang-orang perempuan, benda yang pelik-pelik membabitkan halal dan haram, saya pun tak tengok cara macam mana cara individu terbabit ketuk atau tumbuk punggung.

"Beginilah, misalnya juga, sidai pakaian dalam rumah contohnya di tepi pintu rumah tapi tuannya tiada. Tunjuk baju dalam atau seluar dalam. Itu pun satu perihal yang tidak elok juga. Jadi, saya sarankan kalau nak viral sekalipun tolonglah patuh syariah," katanya.

Menerusi Kempen Haji TV Alhijrah bersempena Aidiladha 1443H, Zawawi terbabit dalam program Interaktif Haji.

Program yang bersiaran sebanyak sembilan episod itu bersiaran setiap Isnin sehingga Ahad, jam 9 malam bermula 20 Jun lalu.

Bersama Zawawi ialah Ustaz Fazrul yang mengupas Surah al-Hajj bagi mendalami ibadah haji daripada pelbagai perspektif.

SumbeR:https://www.hmetro.com.my/rap/20 ... a-ustaz-mohd-zawawi

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 10:38 PM GMT+8 , Processed in 0.077057 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list