CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 365|Reply: 0

[Kedah] 20 bekas pelajar MRSM Merbok mengaku salah buli

[Copy link]
Post time 22-6-2022 03:47 PM | Show all posts |Read mode

Sebahagian daripada 20 bekas pelajar sebuah sekolah berasrama penuh yang dihadapkan ke Mahkamah Majsitret, hari ini kerana didakwa memukul dan mencederakan seorang rakan sekolah mereka dua tahun lalu. FOTO IZAD THAQIF HASSAN

Sungai Petani: Seramai 20 bekas pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Merbok di sini, mengaku bersalah di Mahkamah Majistret hari ini, atas pertuduhan membuli seorang rakan mereka dua tahun lalu.

Semua tertuduh berusia 18 dan 19 tahun membuat pengakuan itu di hadapan Majistret Nadhirah Abdul Rahim dalam prosiding dilakukan secara tertutup atas permintaan keluarga.

Mengikut kertas pertuduhan, semua pelajar terbabit yang ketika itu berusia 16 dan 17 tahun didakwa secara bersama mendatangkan cedera terhadap rakan sekolah berusia 16 tahun di kawasan asrama antara jam 12.30 tengah malam dan 2 pagi pada 27 Oktober 2020.

Bagi kesalahan itu, mereka didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga setahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya sekali.

Nadhirah membenarkan semua tertuduh masing-masing diikat jamin RM1,000 dengan seorang penjamin.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, S Preeya, manakala tertuduh diwakili peguam Nurliyana Mohd Razali.

Mahkamah kemudian menetapkan 10 Ogos depan sebagai tarikh sebutan semula sementara menunggu laporan akhlak diserahkan sebelum hukuman dijatuhkan.

Pada 28 Oktober 2020 lalu, mangsa yang ketika itu berusia 16 tahun membuat laporan polis mendakwa dipukul sekumpulan pelajar di asrama sekolah berkenaan.

Menurut laporan polis, kejadian pertama didakwa berlaku kira-kira 12.30 pagi pada 27 Oktober 2020 membabitkan sekumpulan 10 pelajar Tingkatan Lima.

Mangsa dalam laporannya mendakwa seorang rakan datang ke bilik memberitahu pelajar senior ingin berjumpa dan bercakap dengannya, namun dia diserang dan dipukul ketika berada di tingkat bawah asrama.

Pada jam 2 pagi hari sama, mangsa didatangi pelajar lain yang mengajaknya ke bilik sebelah untuk menyelesaikan masalah sebelum dipukul bergilir-gilir di perut, belakang badan, peha dan kaki oleh 10 pelajar Tingkatan Empat.

Siasatan polis mendapati kejadian berpunca akibat rasa tidak puas hati terhadap mangsa yang juga Presiden Badan Dakwah dan Rohani sebelum itu mengarahkan semua suspek mengosongkan padang selepas waktu riadah.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 03:41 PM GMT+8 , Processed in 0.064383 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list