CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 677|Reply: 7

[Tempatan] Annuar Musa digesa jelaskan sebab guna syarikat luar untuk projek tiang lampu 5G

[Copy link]
Post time 21-6-2022 02:16 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Annuar digesa jelaskan sebab guna syarikat luar untuk projek tiang lampu 5G
Diterbitkan:  Jun 18, 2022 9:57 AM



Ahli Parlimen Lembah Pantai Fahmi Fadzil menggesa Menteri Komunikasi dan Multimedia Annuar Musa dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) untuk menjelaskan kenapa perantara digunakan untuk projek tiang lampu pintar Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Fahmi berpandangan DBKL yang seharusnya diberi lesen untuk melaksanakan projek itu sendiri, yang akan membolehkan DBKL menerima pendapatan apabila menyewanya kepada syarikat telekomunikasi, pada masa sama mengurangkan kos yang bakal ditanggung pengguna.

Fahmi berkata dia difahamkan pihak yang menjadi perantara akan menyewakan tiang lampu itu - yang digunakan sebagai menara antena telekomunikasi selain sebagai lampu jalan - kepada syarikat telekomunikasi dengan kadar RM3,000 hingga RM4,000 sebulan untuk sebatang tiang.

"Jika MCMC berunding secara terus dengan DBKL, warga Kuala Lumpur dan mereka yang datang ke Kuala Lumpur akan menerima lebih manfaat daripada peningkatan pendapatan DBKL.



"Dengan kata lain, syarikat perantara ini, semua 29 syarikat, tidak perlu pun dilibatkan. Pada pandangan saya, jika DBKL mengeluarkan kontrak sendiri, mereka akan mendapat lebih daripada RM850 bagi sebatang tiang setiap bulan - dua, tiga atau empat kali ganda daripada itu.

"Jika DBKL mengenakan caj secara terus kepada syarikat telekomunikasi, mungkin bukan RM4,000 tapi RM1,600, ia juga bermakna syarikat tidak perlu kenakan caj lebih kepada pelanggan mereka. Harga untuk kita menggunakan perkhidmatan syarikat ini, termasuk 5G, secara tidak langsung dikurangkan," katanya lagi.

Projek tiang lampu pintar DBKL mengundang perhatian setelah Ahli Parlimen Kepong Lim Lip Eng mempersoalkan kontrak RM30.75 juta yang dikeluarkan untuk menggantikan 200 tiang lampu di ibu kota.

Projek itu dijangka bermula bulan ini sehingga Mei 2023.


Sejak itu, satu syarikat subkontraktor menjelaskan kos projek itu sepenuhnya ditanggung kontraktor utama, iaitu pembuat produk konkrit Ennova Sdn Bhd.

Selain itu, Menteri Wilayah Persekutuan Shahidan Kassim berkata DBKL tidak akan mengeluarkan sebarang belanja untuk projek itu tetapi akan menerima bayaran sewa RM850 bagi setiap tiang untuk setiap bulan.

Menurut Shahidan, setakat ini 1,000 tiang sdah dibina oleh 29 syarikat yang diberi kebenaran oleh MCMC.

Namun Fahmi berkata sewa RM850 itu terlalu rendah dan di bawah harga pasaran memandangkan PBT lain seperti Majlis Bandaraya Petaling Jaya mengenakan bayaran lebih tinggi.

Dalam pada itu, dia berkata pendengaran awam perlu dibuat sebelum tiang lampu itu dipasang, seperti mana menara telekomunikasi yang lain.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-6-2022 02:56 PM | Show all posts
it's all about monehhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh....
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2022 05:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Rakyat bayar intenet memahal slow cam siput pun takpe lah kann asalkan boleh kayakan kroni2 umno bangsat tuh
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2022 07:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Pru dh dkt.....faham2 je la.....najibun blh buat nape bwh2 x blh....konsep walaun kena suburkan
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2022 09:09 PM From the mobile phone | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2022 09:38 PM | Show all posts
.............................
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-6-2022 09:43 PM From the mobile phone | Show all posts
kalau ikut pemahaman dbkl x keluar modal tp dpt byrn RM850 sebulan. macam x rugi je.
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2022 08:11 AM | Show all posts
itik_magic replied at 21-6-2022 09:43 PM
kalau ikut pemahaman dbkl x keluar modal tp dpt byrn RM850 sebulan. macam x rugi je.

Betul tu. DBKL bijak elak masalah persepsi negatif.

Bayangkan DBKL sendiri yang buka tender untuk pasang menara telekomunikasi. Memang kena spin dengan netizen.
Belum masuk lagi penduduk yang bantah buat menara telekomunikasi..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 09:59 PM GMT+8 , Processed in 0.063265 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list