View: 926|Reply: 6
|
Fattah Amin Memilih, Tak Akan Terima Watak Sama Dua Kali
[Copy link]
|
|
Mementingkan kualiti dalam lakonan, pelakon Fattah Amin mengakui dia kini lebih bersikap memilih dalam menerima tawaran kerja.
Menurut Fattah, 32, dia juga telah menolak banyak tawaran kerana tidak mahu penonton akan merasa bosan apabila melihat dia membawa watak sama dalam drama atau filem.
Foto: IG
"Iya, memang saya sedikit memilih dalam menerima tawaran berlakon. Saya lebih pentingkan kualiti berbanding kuantiti. Banyak juga tolak tawaran berlakon sebelum ini.
"Kalau pun satu-satu watak itu mencabar, tetapi saya pernah lakukan, saya tidak akan buat sekali lagi. Saya mahu explore lebih lagi dalam dunia lakonan dan tidak mahu buat perkara yang sama sahaja,” katanya kepada mStar.
Bercakap tentang kepuasan dalam lakonan, kata Fattah filem terbaharu lakonannya berjudul Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan benar-benar memberi satu impak dalam kerjaya.
Meluahkan rasa puas berlakon dalam filem arahan Syamsul Yusof itu, Fattah juga percaya penonton akan melihat satu sisi berbeza dalam dirinya sebagai seorang pelakon.
"Watak yang saya bawakan dalam filem Mat Kilau antara yang kuat saya pernah bawakan. Penonton akan tahu mengapa saya katakan begitu selepas mereka menontonnya nanti.
"Saya tidak pernah terlibat dalam penggambaran babak berat sebegitu dan tempoh penggambaran yang panjang. Syamsul sendiri beritahu dia berpuas hati dengan hasil kerjanya.
"Rasanya segala penat lelah sepanjang berada di lokasi sangat berbaloi. Saya yakin filem ini akan mendapat sambutan,” ujarnya.
Sementara itu dalam perkembangan lain, Fattah baru sahaja melancarkan single berjudul Padamu yang merupakan ciptaan bersama Ikhwan Fatanna dan Wan Salleh.
Tampil dengan lagu berkonsep kerohanian, Fattah tidak mahu peminat membanding imejnya dalam dunia nyanyian sama seperti berlakon kerana mungkin dia mahu menerima banyak cabaran selepas ini.
"Dalam dunia lakonan, ia adalah satu sisi lain dalam diri Fattah Amin. Sebab itu sentiasa mahu bawakan watak berbeza dan mencabar namun masih menjaga batas.
"Semestinya saya amat menjaga penampilan terutama di sosial media. Rasanya sekarang ini tidak banyak kisah peribadi yang saya kongsi. Lagipun sebagai artis peminat lebih mahukan perkembangan kerjaya," jelasnya. -CARI
Sumber: mStar Online
|
|
|
|
|
|
|
|
kau tak payah berlakon watak romantik meleweh2 ya lepas ni, cite aksi atau komedi ok la kot. cite kau jadi anak nasir bilal khan berebutkan gadis yang sama tu aku rasa not bad lakonan tu. |
|
|
|
|
|
|
|
org ganu banyak nama awang..sure nk p tgk 'awang' hensem ni kt pawagam kikiki |
|
|
|
|
|
|
|
bagus la tu bamtah. kena jaga ekslusiviti cam fazzy |
|
|
|
|
|
|
|
Haiyooo.... maseh gigih menyanyi ke? Sejenis kapel yg x prnh dgr suara sndiri ke hape. Bakalan flop as usual |
|
|
|
|
|
|
|
Bamtah tolong buat MV lagu2 chuols, buat best2 sikit, idok la derita sangat iols mendengar suara chuols, koman2 mata iols tak pedih walaupun telinga iols dah berdarah. |
|
|
|
|
|
|
| |
|