CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 307|Reply: 0

[Pulau Pinang] 'Projek CLQ lebih kepada kemudaratan' - Reezal

[Copy link]
Post time 20-6-2022 08:13 PM | Show all posts |Read mode
'Projek CLQ lebih kepada kemudaratan' - Reezal
MOHD ISKANDAR OTHMAN | | 20 Jun 2022



Reezal (tiga dari kanan) ketika mengadakan pertemuan Jawatankuasa Bertindak Membantah Cadangan Taman Perindustrian dan Asrama Pekerja Bertam.


KEPALA BATAS - Ahli Parlimen Kepala Batas, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican mengulangi pendirian untuk tidak membenarkan cadangan pembinaan Kuarters Pekerja Berpusat (CLQ) selain pembangunan perindustrian di kawasan Bertam diteruskan.


Beliau mendengar sendiri rintihan serta kegusaran penduduk Kepala Batas mengenai cadangan dua projek berkenaan yang disifatkan lebih membawa kemudaratan berbanding kebaikan kepada warga setempat.


"Perkara ini telah saya tegaskan beberapa kali sebelum ini bahawa hanya projek perindustrian berteknologi tinggi sahaja akan dipertimbangkan untuk dibangunkan di Kepala Batas.


"Malah Draf Rancangan Tempatan (RT) Seberang Perai yang disediakan Majlis Bandaraya Seberang Perai telah menetapkan tapak berkenaan sebagai Kawasan Perindustrian (Zon Perindustrian Terancang) dan menggariskan hanya industri berteknologi tinggi dan bukan bersifat 'labour intensive' akan dibenarkan," tulisnya di laman Facebook miliknya pada Isnin.


Reezal berkata, beberapa perkara perlu diperhalusi sebelum sebarang keputusan akhir diambil dan mengulangi jaminan bahawa apa sahaja jalan akhir yang akan diambil nanti, semestinya demi kepentingan keluarga besar Kepala Batas.


Pada Ahad Reezal dilaporkan mengadakan pertemuan bersama Jawatankuasa Bertindak Membantah Cadangan Taman Perindustrian dan Asrama Pekerja Bertam.


Pertemuan berlangsung kira-kira satu jam itu, Reezal turut mendengar pelbagai pandangan dan cadangan daripada ahli jawatankuasa yang mempunyai kepakaran dalam bidang masing-masing.


"Saya juga telah mengulangi pendirian dan memberi jaminan kepada 10 ahli jawatankuasa yang hadir diketuai Pengerusinya, Sr Dr Mohamad Sukeri Khalid dan semestinya kepada seluruh warga Kepala Batas terutamanya di kawasan Bertam bahawa saya tidak akan sesekali membenarkan pembinaan CLQ diteruskan," tegasnya.



Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... -kemudaratan-Reezal
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 01:39 PM GMT+8 , Processed in 0.146895 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list