Sumber: Twitter Malaysia Most Viral
Menjadi kebiasaan apabila seseorang menjemput kita ke majlis perkahwinan, kita pasti akan memikirkan hadiah yang akan diberi.
Selalunya, kita akan melihat tetamu dan kenalan rapat serta keluarga memberi hadiah seperti peralatan dapur atau perabot untuk kegunaan pasangan pengantin apabila pindah ke rumah baru.
Tetapi, tular satu video Tiktok dimuat naik pengguna dikenali sebagai Pokbey. Tindakan sekumpulan rakan ini dikecam apabila mereka bersepakat untuk memberikan hadiah kondom kepada pasangan pengantin tanpa perasaan malu atau segan kepada tetamu lain.
Menerusi video itu, kelihatan sekumpulan rakan yang difahamkan merupakan rakan kepada pengantin lelaki secara bergilir-gilir memberikan hadiah. Mungkin dari awal lagi mereka telah merancang untuk memberikan kondom dari pelbagai jenama.
Gurauan nakal seperti ini mungkin adalah normal bagi kaum lelaki. Namun, pemberian hadiah kondom itu dilihat kurang disenangi pengantin perempuan yang jelas terlihat di wajahnya. Rasa macam maruah dijatuhkan ataupun dipermainkan apabila diberi hadiah sebegini.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen telah mengutuk tindakan pemuda-pemuda itu. - CARI
|