CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 365|Reply: 0

[Kedah] Sewa inap desa, pecah rumah penduduk kampung

[Copy link]
Post time 20-6-2022 05:07 PM | Show all posts |Read mode

Lelaki yang disyaki terbabit dalam kegiatan pecah rumah ditahan penduduk kampung di kawasan sawah di Kampung Kuala Dulang Kechil. FOTO IHSAN Pembaca

Yan: Lelaki yang disyaki terbabit dalam kegiatan pecah masuk rumah di sebuah kampung di sini, berjaya ditangkap penduduk kampung selepas mengejarnya sejauh kira-kira 500 meter sebelum diserahkan kepada polis hari ini.

Lelaki berusia 37 tahun itu disyaki melakukan kegiatan itu bersama dua rakannya yang berjaya melarikan diri sebelum dia terjatuh di kawasan sawah di Kampung Kuala Dulang Kechil di sini, dan ditangkap penduduk kampung.

Kejadian itu turut tular di Facebook (FB) hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kampung Kuala Dulang Kechil Ismail Md Zain, 53, berkata, dia mengetahui kejadian itu pada 9.30 malam selepas dimaklumkan penduduk berlakunya kejadian pecah rumah di kampung berhampiran.

Menurutnya, pihaknya dimaklumkan oleh jiran kepada rumah yang dipecah masuk itu bahawa dia ternampak kelibat seorang lelaki sebelum menghubunginya untuk memaklumkan kejadian itu.

"Ada juga penduduk memberitahu yang ternampak dua lelaki tidak dikenali sekitar kawasan itu pada 8 malam dan sempat berbual dengan seorang daripada mereka di tepi jalan selain berpura-pura motosikal mereka rosak.

"Lelaki itu memberitahu dia dan beberapa rakannya menyewa di inap desa di kawasan berhampiran sehingga menimbulkan curiga sebelum penduduk kampung itu melaporkan kepada saya dan kami ke sana untuk melakukan pemeriksaan.

"Namun sebaik menyedari kehadiran kami di inap desa berkenaan, dua daripadanya sempat melarikan diri melalui pintu belakang, manakala seorang lagi sempat ditangkap lebih 50 penduduk kampung selepas mengejarnya sejauh kira-kira 500 meter di kawasan sawah pada 1.50 pagi tadi," katanya ketika dihubungi hari ini.

Ismail berkata, dia kemudiannya menghubungi polis untuk memaklumkan kejadian itu dan menyerahkan lelaki itu kepada polis untuk tindakan lanjut.

Katanya, dia yang juga Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga (KRT) kampung itu berkata, pihaknya kerap melakukan rondaan iaitu tiga kali seminggu untuk memastikan kampung itu bebas daripada pencuri.

"Mereka mungkin sewa inap desa itu untuk melakukan kegiatan pecah rumah di kawasan berhampiran kampung ini tapi tersilap langkah apabila berjaya ditangkap penduduk kampung.

"Kami akan melakukan lebih kerap rondaan di kawasan kampung ini bagi memastikan tiada yang cuba menceroboh masuk untuk melakukan kegiatan tidak sihat di sini," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Yan Deputi Superintendan Shahnaz Akhtar Haji mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu dan suspek kini ditahan untuk membantu siasatan.

Beliau berkata, anggotanya dari Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Yan tiba di Kampung Kuala Dulang Kechil pada 2.30 pagi dan menahan semula suspek yang ditangkap oleh orang awam.

"Pemeriksaan lanjut pada tubuh badan lelaki itu mendapati terdapat kesan calar dan lebam di bahagian pipi sebelah kiri serta luka di bahagian bawah lutut.

"Suspek yang berasal dari Baling itu kemudiannya dibawa pulang ke IPD Yan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan," katanya.

Shahnaz berkata, pemeriksaan mendapati suspek mempunyai dua rekod kesalahan lampau iaitu Seksyen 457 serta Seksyen 224 Kanun Keseksaan.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ah-penduduk-kampung

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 01:30 PM GMT+8 , Processed in 0.325490 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list