CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 649|Reply: 0

[Pulau Pinang] KITAB Pulau Pinang sedia kerjasama lawan rasuah

[Copy link]
Post time 20-6-2022 04:36 PM | Show all posts |Read mode

Mohamad (dua dari kanan) dan kakitangan KITAB Pulau Pinang bergambar bersama peserta konvoi #RasuahBusters baru-baru ini.

GEORGETOWN - Kolej Islam Teknologi Antarabangsa (KITAB) Pulau Pinang komited bersama perjuangan Rasuah Busters dalam menghapuskan budaya rasuah di negara.

Rektornya, Dr Mohamad Abdul Hamid berkata, pihaknya tertarik dengan dengan agenda yang dibawa Rasuah Busters dalam memperkasakan intergriti sekali gus dapat membentuk nilai moral yang baik dalam kalangan masyarakat.

Menurutnya, KITAB Pulau Pinang sentiasa bersedia untuk berkolaborasi bersama Rasuah Busters dalam menyemai kesedaran tentang bahaya najis rasuah dikalangan pelajar, tenaga pengajar dan kakitangannya.

Beliau berkata, perkara sama akan turut diterapkan kepada pengurusan tertinggi institusi berkenaan termasuk melibatkan ahli lembaga pengarah.

"Menjadi keutamaan KITAB dalam melaksanakan tadbir urus yang baik bagi memastikan penyampaian yang berkesan sekali gus melahirkan pelajar yang bakal membanggakan semua dengan kejayaan.

"Misi yang dibawa oleh Rasuah Busters perlu disokong oleh segenap lapisan masyarakat bagi mewujudkan kesedaran mengenai bahaya najis rasuah yang bukan sahaja boleh mengundang padah pada diri malah boleh meruntuhkan negara," katanya ketika ditemui Sinar Harian di sini selepas menerima kunjungan daripada konvoi #RasuahBusters baru-baru ini.

Mengulas lanjut Mohamad berkata, pihaknya bersetuju dengan kempen 'Mak Kata Jangan' yang dibawa oleh Rasuah Busters yang pasti akan memberi kesan mendalam kepada masyarakat.

Jelasnya, didikan dari rumah atau sentiasa mengingati pesanan ibu atau emak juga antara pendekatan yang baik dalam memberi peringatan kepada semua untuk menjauhi perkara mungkar.


"Pasti kita akan ingat pesanan mak agar jangan salah gunakan kuasa, jangan menzalimi orang lain, jangan menipu atau jangan lakukan sesuatu yang menyalahi hak orang lain," katanya.
Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... jasama-lawan-rasuah
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 03:18 PM GMT+8 , Processed in 0.062119 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list