CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 408|Reply: 0

[Kedah] Elak media sosial sebar unsur fitnah, perpecahan

[Copy link]
Post time 20-6-2022 02:40 PM | Show all posts |Read mode

TENGKU SARAFUDIN BADLISHAH SULTAN SALLEHUDDIN


ALOR SETAR: Pencipta kandungan atau pempengaruh media sosial diingatkan agar tidak mencipta kandungan yang faktanya tidak tepat sehingga berunsur fitnah yang boleh membawa kepada perpecahan dalam masyarakat.

Raja Muda Kedah, Tengku Sarafudin Badlishah Sultan Sallehuddin bertitah, berita seperti itu boleh membawa kepada tercetusnya perbalahan yang akhir­nya mengguris kesejahteraan dan menyebabkan ketegangan dalam kehidupan bermasyarakat.

Titah Tengku Sarafudin, dalam era kebangkitan media sosial pada hari ini, senario dan cabaran memupuk semangat perpaduan jauh berbeza berbanding dahulu.

“Patik berharap semua pihak terutamanya content creators dan social media influencers berhati-hati sebelum menerbitkan sebarang kandungan untuk tatapan pengikut masing-masing.

“Kandungan yang dikongsi berupaya menghiburkan dan meluaskan pengetahuan penonton, jadi amat merugikan sekiranya manfaat yang ternyata wujud dikorbankan demi kandungan tidak sahih yang sengaja dicipta untuk mengganggu perhubungan sesama rakyat,” titah baginda.

Baginda bertitah demikian pada Istiadat Menyembah Tahniah dan Penganugerahan Darjah serta Bintang Kebesaran sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah yang ke-80 di Balairong Seri, Istana Anak Bukit, di sini semalam.

Raja Muda Kedah itu bertitah, Malaysia dan negeri ini khususnya mempunyai rakyat yang berbilang kaum dan demi menjamin perpaduan kaum, semua pihak harus menjulang tinggi nilai kebersamaan serta persefahaman antara satu sama lain.

“Elakkan perselisihan faham dan pertelingkahan antara kaum supaya tidak berlaku perpecahan walaupun ada pihak sengaja me­ngapi-apikan isu perkauman. Kita perlu tepis segala ancaman ini dengan bijaksana agar keharmonian kaum terus terpelihara dan Kedah terus menjadi bumi bertuah yang menjamin keamanan dan muafakat untuk semua,” titah baginda.

Sementara itu, rakyat diminta memelihara dan menjaga alam sekitar dengan penuh tanggungjawab agar ekosistem alam sentiasa terpelihara serta dapat mengelak dan mengurangkan daripada berlakunya bencana yang lebih serius pada masa akan datang.

Titah Tengku Sarafudin, walaupun kejadian itu berkait rapat dengan lumrah alam dan ketentuan Ilahi, namun kesedaran tentang kepentingan menjaga alam sekitar dalam kalangan rakyat negeri ini harus dititikberatkan.

Menyentuh cabaran pandemik Covid-19 yang ditempuh sebelum ini, Tengku Sarafudin bertitah, pelbagai usaha dilaksanakan Sultan Sallehuddin bagi membantu meringankan beban dengan mengurniakan bantuan sumbangan makanan dan keperluan harian kepada individu yang terjejas.-UTUSAN
https://www.utusan.com.my/nasion ... -fitnah-perpecahan/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 04:41 PM GMT+8 , Processed in 0.285272 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list