CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 282|Reply: 0

[Pulau Pinang] 14 dituduh terlibat jenayah terancang Geng Chandra

[Copy link]
Post time 20-6-2022 01:46 PM | Show all posts |Read mode
14 dituduh terlibat jenayah terancang Geng Chandra
SYAJARATULHUDA MOHD ROSLI | | 20 Jun 2022




Kesemua tertuduh dituduh di Mahkamah Sesyen Georgetown pada Isnin.


GEORGETOWN - 14 individu termasuk dua wanita dituduh terlibat dalam kumpulan jenayah terancang di Mahkamah Sesyen di sini pada Isnin.


Kesemua mereka, A Santeran, 55; Mohd Azlisham Che Azmi, 38; C Maria Prakit, 48; S Boharaj, 29; Muhamad Fithri Mohamed Shafe, 41; Marzuki Osman, 42; Milon Masud; 30, K Subramaniam, 49; A Balasubramaniam, 61; Rosman Mohd Ismail, 49; S Puspakaran, 45; A Raymond, 51, Noor Wadia Aziz, 39 dan Mohd Fitri Odus, 39 dipercayai mempunyai kaitan dengan Geng Chandra di antara tahun 2016 hingga 2021.


Kesemua mereka menyatakan faham selepas pertuduhan dibacakan secara berasingan terhadap mereka di hadapan Hakim Mazdi Abdul Hamid.


Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada kesemua tertuduh dalam prosiding tersebut.


Pengakuan hanya akan direkodkan di Mahkamah Tinggi kerana tuduhan melibatkan kes keselamatan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA), bukan di bawah bidang kuasa Mahkamah Sesyen.


Mengikut pertuduhan, kesemua mereka didapati menjadi ahli kumpulan jenayah terancang Geng Chandra di antara Januari 2016 hingga 12 Mac 2021 di negeri ini.


Mereka didakwa di bawah Seksyen 130V(1) Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah subseksyen yang sama.


Jika disabitkan kesalahan boleh dihukum penjara tidak kurang lima tahun dan tidak lebih 20 tahun.


Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan-Timbalan Pendakwa Raya Mohd Fakhrurazi Ahmad Salim, Saifuddin Rafaie dan Rohaiza Abdul Rahim.


Seramai enam tertuduh iaitu Santeran; Maria Prakit; Balasubramaniam; Subramaniam, Boharaj dan Raymond diwakili dua peguam, Ahmad Abdullah dan Husaini Abdul Rashid manakala Mohd Fitri diwakili peguam Mohd Khairul Fairuz Rahman.


Kes ditangguhkan sehingga 5 Ogos depan untuk sebutan semula.

Sebelum ini, seramai 11 penjenayah termasuk seorang warga emas ditahan selepas dipercayai terlibat dalam kumpulan jenayah terancang di negeri ini pada 24 Mei lalu.


Susulan penahanan ahli kumpulan itu, polis berjaya merampas sebutir bom tangan yang masih aktif, enam pucuk senjata api dan 185 butir peluru hidup.


Kumpulan tersebut dipercayai terlibat dalam kegiatan pengedaran dadah, jenayah dan pemilikan senjata api.


Kesemua mereka ditahan dalam beberapa serbuan bermula jam 12 tengah hari di sekitar negeri ini dalam Op Cantas Tanjung III oleh Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Pulau Pinang dengan dibantu Bahagian Jenayah Terancang (D14), JSJ Bukit Aman.




Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... ancang-Geng-Chandra
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 04:33 PM GMT+8 , Processed in 0.054753 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list