CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 322|Reply: 0

[Perlis] Perlis tidak berpegang pada wahabi - Raja Perlis

[Copy link]
Post time 20-6-2022 10:49 AM | Show all posts |Read mode

TUANKU Syed Sirajuddin ketika bertitah pada majlis penutup Program Perkampungan Sunnah. FOTO Ihsan Jabatan Penerangan Negeri Perlis.

Kangar: Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail menyeru seluruh umat Islam supaya berganding bahu membela sunnah Rasulullah SAW kerana ia wajar diambil berat oleh setiap Muslim.

Baginda bertitah demikian ketika berkenan menutup program Perkampungan Sunnah Siri ke-7 di Masjid Alwi di sini malam ini.

Berangkat sama ialah Raja Perempuan Perlis Tuanku Tengku Fauziah Tengku Abdul Rashid, Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis Tuanku Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Majlis penutup itu turut dihadiri Menteri Besar Perlis Datuk Seri Azlan Man, barisan Exco kerajaan negeri dan Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

Tuanku Syed Sirajuddin bertitah, Perlis menjadi benteng utama Ahli Sunnah Wal Jamaah daripada segala amalan tahyul, khurafat dan tokok tambah ajaran agama tanpa asas benar yang dilihat semakin menjadi-jadi dalam kalangan masyarakat.

"Beta ingin tegaskan bahawa negeri Perlis tidak berpegang langsung kepada ajaran 'Wahabi'. Keutamaan kita di Perlis adalah setiap perkara perlu berteraskan al-Quran dan sunnah dengan melihat kepada huraian dan ijtihad ulama yang muktabar terdiri daripada semua aliran Ahli Sunnah Wal Jamaah, tidak terhad kepada satu tokoh sahaja," titah baginda.

Program Perkampungan Sunnah itu yang diadakan selama tiga hari bermula Jumaat lalu bertemakan 'Bangkit Membela Sunnah' menjadi platform dalam membincangkan topik semasa sebagai usaha pendedahan kepentingan dalil dan kaedah yang benar dalam beragama.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -wahabi-raja-perlis

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 03:51 PM GMT+8 , Processed in 0.062740 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list