CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 399|Reply: 0

[Kedah] Mahu terus berjaya demi keluarga

[Copy link]
Post time 19-6-2022 12:22 PM | Show all posts |Read mode
Jitra: Keputusan 8A 1B dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang diumumkan Khamis lalu cukup bermakna buat Qadijaeisha Umaira Aziz, 18, selepas kehilangan bapa akibat Covid-19 manakala ibu pula menderita kanser limfoma tahap empat.

Qadiejaeisha Umaira mahu membalas jasa bapa, Aziz Md Nasib, 64, dengan kejayaan dalam pelajaran walaupun arwah tidak sempat melihat keputusan dikecapi anaknya.

Kejayaan Qadiejaesha Umaira itu dikongsi Cancer Survivors Malaysia (CSM) yang menghulurkan sumbangan wang tunai serta komputer riba yang disampaikan Pengerusinya, Zuraini Kamal, hari ini.

Qadiejaeisha berkata, sebelum ini mereka sekeluarga menetap di Kuala Lumpur tetapi ibunya pulang ke sini untuk mendapatkan rawatan susulan di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) dan Hospital Pulau Pinang (HPP) selain tinggal dekat dengan nenek mereka di Taman Pulasan, di sini.

Katanya, ketika itu mereka lima beradik tinggal dengan bapa tetapi selepas arwah meninggal dunia akibat Covid-19 pada 30 Mei tahun lalu, adiknya yang berusia lapan hingga 12 tahun pulang ke sini dengan dihantar jiran manakala dia pula belajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) di Baling dalam aliran sains.

"Kini saya dan kakak sulung, Qaisara Balqis, 20, membantu ibu dengan bekerja sambilan di kedai serbaneka untuk menyara keluarga selain mencari wang untuk menyambung pengajian," katanya.

Menurut Qadiejaeisha, dia banyak menghabiskan waktu belajar secara dalam talian ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tahun lalu selain tidak mahu campur aduk urusan keluarga dengan pelajaran.


ZURAINI (kiri) melihat keputusan cemerlang peperiksaan SPM Qadiejaeisha Umaira bersama ibunya, Marsuzanty. FOTO Zuliaty Zulkiffli

"Sedih bila teringatkan apa yang saya lalui tahun lalu tetapi Alhamdulillah semuanya berbaloi dengan apa yang saya usahakan selama ini," katanya yang bercita-cita untuk menjadi jurutera.

Sementara itu, ibunya, Marsuzanty Md Taib, 48, berkata, dia akan meneruskan rawatan untuk kanser yang dihidapinya walaupun sudah di peringkat akhir.

Katanya, setiap Isnin sehingga Jumaat, dia akan menaiki komuter dari Stesen Anak Bukit di Alor Setar ke Butterworth, Pulau Pinang seorang diri dan ada kalanya ditemani anak-anaknya.

"Sebelum ini, ada sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menyalurkan bantuan RM50 sehari tetapi sekarang tidak lagi dan saya menggunakan wang simpanan sendiri untuk menjalani rawatan di HPP.

"Selagi saya hidup, saya akan teruskan berjuang demi kanser yang dihidapi kerana anak-anak saya masih kecil manakala dua lagi sudah habis belajar dan saya bangga mempunyai anak-anak yang mampu berdikari," katanya.

Orang ramai yang berminat untuk membantu boleh menghulurkan sumbangan kepada mereka dengan menghubungi talian 016-4182803 atau akaun bank Qadiejaeisha 02048020800617 (Bank Islam).
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... mi-keluarga-metrotv

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-11-2024 12:06 PM GMT+8 , Processed in 0.550895 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list