CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 644|Reply: 0

Mercedes cari jalan terbaik buat Hamilton

[Copy link]
Post time 17-6-2022 11:30 AM | Show all posts |Read mode

HAMILTON mengalami sakit belakang selepas GP Azerbaijan. FOTO Reuters

London: Mercedes akan mencari jalan terbaik untuk jentera Lewis Hamilton bagi mengelakkan dia berada dalam kesakitan lagi.

Hamilton kembali menjalani latihan sekali gus mengurangkan kebimbangan kemungkinan dia akan menarik diri daripada beraksi di Grand Prix Kanada kerana kecederaan belakang yang dialaminya.

Juara dunia tujuh kali itu, dilihat mencengkam bahagian belakangnya dan berada dalam kesakitan selepas aksi GP Azerbaijan kerana masalah porpoising Mercedes miliknya.

Hamilton bagaimanapun berjaya menamatkan perlumbaan di tempat keempat di litar jalanan yang memenatkan di Baku.

Manakala rakan pasukannya George Russell meraih tempat ketiga, mengeluh mengenai keadaan kereta yang melantun di litar itu.

Terdapat kebimbangan sama ada Hamilton akan beraksi atau tidak di Montreal kerana kecederaan belakang yang dialaminya sepanjang tiga hari itu.

Bagaimanapun Hamilton meredakan persoalan dengan berkongsi gambar dirinya di belakang kereta menjelang GP Kanada hujung minggu ini.

Bos pasukan Toto Wolff membangkitkan kebimbangan mengenai Hamilton sama ada boleh berlumba di Kanada hujung minggu ini namun bos strategi James Vowles mengesahkan bahawa pemandu itu akan bersaing di Montreal.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... rbaik-buat-hamilton
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 10:49 PM GMT+8 , Processed in 0.069504 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list