CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2481|Reply: 8

Siti Nurhaliza nak bagi amaran! Ingat acik2 nak takot kerr dengan mulot herot2 gituhh?

  [Copy link]
Post time 16-6-2022 10:20 PM | Show all posts |Read mode
Foto disalah guna lagi, Siti Nurhaliza beri amaran

PETALING JAYA – Penyanyi dan usahawan terkenal Datuk Seri Siti Nurhaliza kesal dan memberi amaran kepada golongan peniaga dalam talian agar tidak menyalahgunakan fotonya bersama suami, Datuk Khalid Mohd. Jiwa semata-mata ingin melariskan produk jualan mereka.

Siti atau nama sebenarnya Siti Nurhaliza Tarudin, 43, berkata, peniaga yang menjual mana-mana produk tidak seharusnya mengambil kesempatan ke atas orang lain dengan menggunakan foto testimoni palsu.

“Bila saya diam, makin rancak mereka menyebarkan perniagaan yang tak melibatkan saya atau suami. Gambar saya dan suami dipaparkan dalam iklan perniagaan serta testimoni juga.

“Saya dah banyak kali hadapi perkara ini, pesan saya, berniagalah cara yang betul. Jangan mengambil kesempatan ke atas orang lain,” katanya dalam sebuah entri Instagram hari ini.

Menerusi hantaran sama, pelantun lagu Badarsila itu turut memuat naik tangkap layar gambar dia bersama suami yang disalah guna peniaga yang menjual produk rambut.

Tambahnya, dia juga menegaskan tidak mempunyai sebarang kaitan dengan mana-mana jenama lain selain SimplySiti, Beausiti, Afiya.my dan kerjasama dengan jenama produk rambut.

Pesan ibu kepada dua cahaya mata itu, setiap peniaga harus jujur dalam berniaga dan tidak sepatutnya menipu para pelanggan dengan testimoni palsu.

“Kepada anda yang ada membaca, membeli atau terlihat iklan-iklan sebegini, saya ingin menjelaskan bahawa saya dan suami tidak ada kena mengena dengan produk mereka.

“Berniagalah untuk mencari keberkatan dan bukan untuk melariskan produk dengan menggunakan iklan palsu.

“Saya harap kita sebagai pengguna akan lebih peka dengan iklan-iklan seumpama ini,” katanya lagi.

Dalam pada itu, terdapat netizen yang menyarankan Siti bertindak tegas dengan mengambil tindakan undang-undang terhadap peniaga yang menyalah guna foto miliknya selepas ini.

Terdahulu, Siti pernah memberi amaran kerana apabila nama dan fotonya disalah guna oleh scammer untuk meraih keuntungan segera.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-6-2022 10:22 PM | Show all posts
Mengundang betul tajuknya
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-6-2022 10:26 PM | Show all posts
KBW2 replied at 16-6-2022 02:22 PM
Mengundang betul tajuknya

  

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-6-2022 10:30 PM | Show all posts
KBW2 replied at 16-6-2022 02:22 PM
Mengundang betul tajuknya

IBU MULOT HERROWT NAK BAGI AMAWRRAN YANG IBU PENAWRT BEKEWRJEWR! MENCAWRI SESUWARP NAWSI!

  

Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2022 11:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Jadi selebriti gitulah
Org guna...
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2022 05:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Kurang2 kn lah juga tayang pic anak2.. Esok Lusa senang org nak guna utk tujuan business dia org etc etc.
If tujuan lain, lagi haru.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-6-2022 06:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Racurve replied at 16-6-2022 10:30 PM
IBU MULOT HERROWT NAK BAGI AMAWRRAN YANG IBU PENAWRT BEKEWRJEWR! MENCAWRI SESUWARP NAWSI!

Hahaha. Aku baca ayat engko, dengan aku2 nak terikut buat mulut cam siti.
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2022 07:40 AM | Show all posts
Racurve replied at 16-6-2022 10:30 PM
IBU MULOT HERROWT NAK BAGI AMAWRRAN YANG IBU PENAWRT BEKEWRJEWR! MENCAWRI SESUWARP NAWSI!

lengan tembun, double chin. ayooo!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-6-2022 08:01 PM From the mobile phone | Show all posts
makton replied at 17-6-2022 07:40 AM
lengan tembun, double chin. ayooo!

Ctot gemuk badak macam ko kan. Aku tengok gmbar kat fb ko pun ko gemuk. Aku tak kisah ko panggil ct gemok mmg dia gwmok tapi ko pun gemok!!! lawak2 manusia ni.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 11:05 AM GMT+8 , Processed in 0.054811 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list