View: 1043|Reply: 5
|
Selepas BTS umum berehat, Jin mahu terlibat dengan program televisyen
[Copy link]
|
|
Jin pilih kerjaya yang buatkan dirinya gembira.
SELEPAS kumpulan BTS membuat pengumuman bakal berehat seketika dan memberi fokus kepada kerjaya seni secara solo, salah seorang anggotanya iaitu Jin memberitahu dia mahu terlibat dengan program televisyen.
Melihat keseronokan dalam program sebegitu, kata Jin pilihan tersebut bukan kerana dirinya popular atau kemahsyuran yang dikecapi bersama BTS.
"Saya mahu terlibat dalam program televisyen untuk membuatkan diri saya gembira.
"Bukan disebabkan populariti yang ada tetapi saya rasakan penggambaran program seperti iti menyeronokkan.
"Saya tahu penggambarannya sangat mencabar namun ia boleh buat saya ketawa ketika berada di lokasi," katanya dalam tembual bersama Weverse Magazine.
Sementara itu Jin turut mengulas perkembangan dirinya menjadi seroang yang lebih berkeyakinan sepanjang sepuluh tahun bersama BTS.
BTS umumkan rehat dari aktiviti berkumpulan.
"Personaliti saya berubah sepanjang bersama BTS. Jika ada sebarang kerja saya rasa boleh melakukannya sekarang ini," ujarnya.
Sebelum ini, BTS menyampaikan khabar duka buat peminat bahawa mereka mengambil masa rehat dalam tempoh yang belum diketahui.
Keputusan tersebut dibuat kerana ketujuh-tujuh anggotanya mahu memberi tumpuan kepada perkembangan kerjaya seni secara solo.
https://www.mstar.com.my/spotlig ... dan-sentiasa-ketawa |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Seram, jin pun dah masuk tv sekarang. |
|
|
|
|
|
|
|
who are they? Why does he write them all? |
|
|
|
|
|
|
|
Ni lah realiti Kpop, awl2 msa famous mmg kebabom tpi lps tu msti rehat, aktif dlm activity solo & klau dh hbis contract, xnak renew, sorg2 start tinggalkn group yg dlu gah. |
|
|
|
|
|
|
|
gideoncross replied at 19-6-2022 08:40 PM
Ni lah realiti Kpop, awl2 msa famous mmg kebabom tpi lps tu msti rehat, aktif dlm activity solo & kl ...
BTS ni sampai skrg famous lagi, biasa kpop group ni jarang nak hiatus masa masih kat puncak tapi maybe sbb dah penat kot, dekat 10 tahun aktif dgn group. Rugi jugak kalau tak gerak solo masa masih popular. |
|
|
|
|
|
|
|
Bgi iol dorg ni kna push sbb dorg ni mndatangkn keuntungan utk SKorea itself.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|