CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 423|Reply: 1

[Tempatan] Kerbau elbino jadi kawan baik gadis

[Copy link]
Post time 16-6-2022 09:52 AM | Show all posts |Read mode
Kerbau elbino jadi kawan baik gadis

https://www.kosmo.com.my/2022/06 ... i-kawan-baik-gadis/

Oleh NOOR HAYATI MAMAT
16 Jun 2022, 9:40 am


Wan Nur Zahirah bermesra dengan salah seekor kerbau albino kesayangan, Abu di kandang haiwan ternakannya di Kampung Padang Nipis, Marang semalam.

MARANG – Seorang gadis di sini memilih dua ekor kerbau albino sebagai rakan karib disebabkan rasa sayang terhadap haiwan itu yang telah dijaga sejak usia tiga bulan.

Wan Nur Zahirah Wan Zunaidi, 18, dari Kampung Kubang Palas, Hulu Terengganu selesa menjadikan dua haiwan unik itu sebagai teman menghabiskan masa setiap hari.

Kerbau elbino yang dinamakan Abu dan Ali dibawa pulang untuk ternakan oleh bapanya, Wan Zunaidi Wan Jaafar, 45, sekitar dua tahun lalu.

“Kedua-dua kerbau albino ini baru berusia tiga bulan ketika dibeli ayah daripada seorang penternak lain di Kampung Kubang Palas, Hulu Terengganu.

“Saya tertarik kerana warna dan fizikal Abu dan Ali yang unik dan berbeza berbanding 40 ekor kerbau lain peliharaan kami sekeluarga,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Wan Nur Zahirah berkata, walaupun sudah dilatih menternak kerbau sejak berusia tujuh tahun, dia mengambil masa hampir setahun untuk menjinakkan Abu dan Ali.

Tambahnya, rutin hariannya bermula dengan memotong rumput membersihkan kandang dan memberi makan kepada haiwan ternakannya termasuk Abu dan Ali.

“Pada sebelah malam pula, saya memberi makan dan memandikan kerbau-kerbau ternakan.

“Saya akan bermain dengan Abu dan Ali pada waktu senggang. Berbual-bual dengan dua kerbau albino berkenaan bagaikan terapi buat saya menghilangkan tekanan dan keresahan hidup,” katanya.

Wan Nur Zahirah berkata, keluarganya pernah menerima tawaran RM8,000 setiap seekor bagi menjual Abu dan Ali baru-baru ini.

Begitupun, dia bertegas agar bapanya menolak tawaran lumayan itu kerana kedua kerbau albino tersebut sudah dianggap sebagai rakan karib.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-6-2022 10:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Comelnya muka beliau...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-11-2024 05:41 AM GMT+8 , Processed in 0.037035 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list