View: 792|Reply: 2
|
Lelaki Australia Dihalau Dari Indonesia Sebab Selalu Panjat Pokok 'Suci'
[Copy link]
|
|
Akibat sering memanjat pohon beringin yang dianggap suci demi kandungan bahan media sosial, seorang lelaki Australia dihantar pulang ke negara asalnya.
Lapor Kompas.com, Pejabat Kementerian Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia memaklumkan lelaki yang dikenali sebagai Samuel Lockton mengganggu penduduk di Kampung Tradisional Kelod Kelaci, Tabanan, Bali.
 Foto: bali.jpnn.com
Ketua Kementerian Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia, Anggiat Napitupulu berkata, lelaki itu tidak dibenarkan berada di Bali lagi selepas melakukan gangguan tersebut.
“Kita perintahkan dia meninggalkan Indonesia dan dilarang masuk ke negara ini dalam tempoh tertentu,” katanya.
Lelaki itu mengaku memanjat pokok tersebut beberapa kali sebagai hobi dan merakamkan videonya untuk kandungan TikTok.
Anggiat berkata, lelaki itu sudah memohon maaf kepada masyarakat adat terutamanya masyarakat Pura.
Samuel masuk ke negara ini menerusi Lapangan Terbang Antarabangsa Ngurah Rai, Tuban, Bali, 6 Jun lalu menggunakan visa melancong.
Sabtu lalu, penduduk setempat menangkap lelaki itu sebelum dibawa ke balai polis.
Pihak polis kemudian menyerahkan lelaki tersebut kepada pihak imigresen.
Sumber: Utusan |
|
|
|
|
|
|
|
Bali is quite strict ye..kt msia ni ptt ikut, atleast kalo bkn tmpt biasa, tmpt peranginan jd la..halau trus pastu banned dr masuk malaysia |
|
|
|
|
|
|
|
puak yang tak faham bahasa
"This is a sacred place for the local people. It is most respected, and for the pious, akin to a temple for them.."
"Sacred place, got it."
pastu diorang beromen kat situ.
bila kena tangkap, thrill katanya
jilake bukan? |
|
|
|
|
|
|
| |
|