|
Riz Amin mempunyai sebab mempamerkan kemewahan di laman sosial iaitu sebagai bukti kejayaan dalam menjalankan perniagaan nutrisi.
Riz, 37, atau nama sebenarnya Norizam Amin Nordin berkata, bisnes produk diusahakan itu adalah tulen atau 'legit' hingga dipercayai di pasaran.
Foto: IG
"Selama dua tahun saya menjalankan perniagaan ini saya tidak pernah ditangkap oleh pihak polis ataupun dapat laporan daripada mana-mana pihak bahawa saya melakukan perkara jahat. Alhamdulillah setakat ini produk saya sudah di pasarkan ke 32 buah negara.
"Saya membuktikan kepada orang sebenarnya, tujuan saya memuat naik semua tu adalah untuk bantu orang dari segi kesihatan dan juga menjana pendapatan dengan menggunakan sistem yang kami sediakan," katanya kepada Harian Metro.
Riz yang mula dikenali menerusi drama Emil Emilda itu menegaskan, bisnesnya mempunyai sistem serta kelulusan sempurna selain ia dipengerusikan oleh individu yang berintegriti.
"engerusi kita pun adalah bekas Ketua Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Iskandar Halim. Kalau dia rasa syarikat ini keluarkan produk yang tidak bagus, sistem yang salah, tidak mempunyai sijil, lesen dan sebagainya takkan dia sanggup nak jadi pengerusi betul tak?
"Tapi dia sanggup jadi pengerusi sebab produk, sistem dan juga dokumentasi semuanya lengkap. Jadi saya rasa ia sangat 'legit' dan Itu yang membuatkan saya lagi yakin," katanya.
Bagaimanapun, kejayaan dikecapi dalam perniagaan bukan bermaksud dia akan berhenti dari dunia lakonan. "Bidang lakonan adalah minat saya. Saya pun dah mula sejak 2004 memang saya takkan tinggalkanlah. Kalau ada yang berbaloi dan kena cita rasa dengan saya, saya akan ambil.
"Tapi kebanyakan saya takkan ambil 'job' yang makan masa panjang. Sebab saya akan berikan sepenuhnya dalam bisnes. Kita tengok macam mana artis-artis lain buat, kena seimbangkan sebab itu minat saya, tak adalah berhenti terus," katanya. -CARI
Sumber: Harian Metro
|
|