CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 720|Reply: 0

Masa Sayang Rela Kujaga, Dah Cerai Tuntut Pampasan Besarkan Anak Tiri Pula

[Copy link]
Post time 14-6-2022 02:36 PM | Show all posts |Read mode
Media sosial China baru-baru ini tular dengan kisah seorang lelaki bertindak menyaman anak tirinya dan meminta ganti rugi untuk kos membesarkannya, lapor laman berita Kompas semalam.


Sekitar tiga bulan selepas menceraikan isterinya, seorang lelaki bernama Tang dari Chongqing dilaporkan membawa anak tirinya, Liu ke mahkamah.




Foto: Oddity Central




Dia meminta wang pampasan 35,200 yuan (RM23,081) bagi kos yang dibelanjakan ketika membesarkan kanak-kanak itu.


Tang dilaporkan berkahwin dengan ibu Liu pada 2009 ketika budak lelaki itu berusia 10 tahun dan membantu membesarkannya sehingga 2021 sebelum akhirnya bercerai.


Menurut laman berita Oddity Central, pertikaian undang-undang oleh Tang telah mencetuskan kemarahan dengan video perbicaraan itu mendapat berjuta-juta tontonan di platform media sosial tempatan, Weibo.


Netizen menuduh Tang mahu membalas dendam terhadap anak tirinya selepas perkahwinannya gagal. Tang dikatakan tidak menjaga kanak-kanak itu dengan cara yang sepatutnya sebagai seorang bapa.


“Tang mula membantu membesarkan Liu sebaik sahaja dia berkahwin dengan ibu Liu. Sekarang Tang mahu wangnya dikembalikan, ini kedengaran seperti menjengkelkan selepas perkahwinannya gagal,” tulis seorang netizen.


“Walaupun selepas 10 tahun membesarkan anak itu, nampaknya dia tidak pernah melayannya seperti seorang anak lelaki. Sedih sangat,” komen netizen lain.


Bagaimanapun bulan lalu, mahkamah tempatan di Chongqing menolak permintaan Tang dan memutuskan bahawa lelaki itu melakukan tugas membesarkan anak tirinya secara sukarela.




Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 06:56 AM GMT+8 , Processed in 0.125529 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list