View: 1233|Reply: 7
|
Walau Terlajak Seminit, Tetap Kena Denda OT 10 Minit
[Copy link]
|
|
Seorang pengurus di sebuah syarikat teruk dikecam warganet gara-gara mengeluarkan peraturan yang disifatkan keterlaluan.
Menerusi peraturan baharu itu, pengurus berkenaan berkata, pekerja yang tiba lewat ke pejabat akan dikenakan hukuman.
 Gambar hiasan
Walaupun ketepatan masa adalah penting di tempat kerja, bagaimanapun hukuman untuk pekerja yang lewat walaupun 'terlajak' satu minit dianggap agak melampau.
Peraturan yang ditulis pada poster menyebut: " eraturan pejabat baharu - Untuk setiap minit lewat ke tempat kerja, anda akan dikehendaki bekerja selama 10 minit selepas jam 6 petang.
"Sebagai contoh, jika anda tiba pada 10.02 pagi, anda perlu tinggal selama 20 minit lagi di pejabat sehingga 6.20 petang. Terima kasih."
 Foto: Reddit
Di laman Reddit, poster dengan tajuk 'peraturan baru pejabat' menjadi tular dan mendapat banyak kritikan.
Perkongsian tersebut meraih lebih daripada 70,300 tanda suka dan dibanjiri beribu-ribu komen dengan majoritinya mengecam majikan berkenaan.
Sumber: mStar |
|
|
|
|
|
|
|
awal seminit camne plak? |
|
|
|
|
|
|
|
wow!..siap main 'bunga' ko labu... |
|
|
|
|
|
|
|
company lama aku, dulu dulu dulu dulu dulu masa awal2 keje
lambat seminit, auto hilang RM100. dah le waktu tu gaji basic RM1k je.
tiba2 hujung bulan, potong duit sukan. potong duit annual dinner. potong denda salah buat kerja (documentation, selalunya sebab teknikal, software tahap 1998 gayanya, dengan internet putus-putus, komputer macam baru kutip dari tepi kedai orang buang), bila key in, dah save, double check, printed hard copy, besok dalam system, dia revert balik. celaka.. ada bukti hard copy pun, tapi dikira kecuaian.
alih2 gaji masuk berapa ratus je.. itu kerja dengan kelulusan ya.
dah la wajib OT tiap hari, tapi dibayar 15 hari je sebulan. selebihnya tak dikira. OT pulak 2-3 jam minimum, selepas office hour. celaka bukan?
setahun je, lepas tu aku blah. sementara tunggu dapat keje tempat lain, kerja part time kat restoran. gaji part time jadi waiter tanpa kelulusan lagi tinggi dari fulltime office lepasan universiti. |
|
|
|
|
|
|
|
Tak nak kena denda datang je la awal. Apa isunya?
Waktu pejabat selalunya ada tulis dalam surat tawaran kerja. Tak baca surat tawaran kerja ke?
Semua benda kalau nak merungut elok berhenti jela.
|
|
|
|
|
|
|
|
Better hire german depa datang awal or hire british datang on time  |
|
|
|
|
|
|
|
Adrif replied at 14-6-2022 01:03 AM
company lama aku, dulu dulu dulu dulu dulu masa awal2 keje
lambat seminit, auto hilang RM100. dah l ...
company apa sangkak sangat..wujud lagi ke post covid ni |
|
|
|
|
|
|
|
Memang patut. sekali dua normal lambat. byk kali sebulan ? kampeni dulu flexi hours. Mai awai balik awai. Lambat ganti balik. Sebelum rules flexi hours, potong gaji jah mana punch lambat/awal. Dah flexi ni tak ada la yg kena potong gaji. Tu pun ada jugak. Yg lambat ni payah. org nak stat meeting atau event, dia baru sampai. Kalau kena vc dgn team oversea pagi buta lagi haru.
Time kpi bonus promotion memang rekod kena screen, punch awal/lambat. ada rekod gitu jah walaupun secoet habisla portion bonus kau. Majikan kat atas ni kira lembut sgt suruh ganti minit jah |
|
|
|
|
|
|
| |
|