CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1122|Reply: 3

Usia 25 Tahun Dah Bergelar Bilionair, Tapi Hidup Sederhana Je

[Copy link]
Post time 13-6-2022 08:10 PM | Show all posts |Read mode
Usianya baru 25 tahun, namun pemuda China ini bukan sahaja dinobat bilionair termuda di Asia, tetapi masih mengekalkan hidup secara sederhana.


Anak kelahiran Jiaozuo di Henan, Wang Zelong memiliki harta kekayaan bernilai AS$1.5 bilion (RM6.6 bilion) kerana mewarisi perusahaan syarikat kimia.




Foto: SCMP




Beliau tersenarai sebagai bilionair dalam senarai 12 individu terkaya Forbes untuk 2022 untuk bilionair berusia bawah 30 tahun.


Lebih mengagumkan, beliau adalah satu-satunya individu dari Asia di dalam senarai untuk kategori itu.


Menurut South China Morning Post, Wang mula tersenarai dalam senarai individu terkaya Forbes pada tahun lalu.


Ia selepas beliau mewarisi pegangan yang bernilai lebih AS$1.3 bilion (RM5.72 bilion) dalam CNNC Hua Yuan Titanium Dioxide Co, sebuah syarikat kimia yang disenaraikan di dalam Bursa Saham Shenzhen.


Menurut laman web syarikat itu, ia adalah pengeluar kedua terbesar untuk pigmen.


Selain itu, beliau mempunyai kepentingan dalam Lomon Billions Group, sebuah syarikat yang turut mengeluarkan titanium dioksida.


Setahun kemudian, Wang menjadi lebih kaya daripada sebelumnya.


Menurut Forbes, nilai kekayaan harta terkini lelaki itu dianggarkan AS$1.5 bilion (RM6.6 bilion).


Walaupun kebanyakan mereka yang tersenarai di dalam senarai sama berkecimpung dalam bidang teknologi, Wang pula berbeza kerana beliau berada dalam industri berlainan.


Syarikat itu menghasilkan pigmen titanium dioksida iaitu pigmen putih yang digunakan dalam salutan, plastik dan dakwat.


Walaupun menjadi salah seorang terkaya di Asia, Wang masih mengekalkan kehidupan yang sangat peribadi sama seperti beberapa rakan bilionair lain.




Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-6-2022 08:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Mewarisi? Bkn effort sendir la gamaknya
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2022 09:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau Cdrama watak utamanya jejaka hartawan, ternyata memang wujud ya watak sebegini.
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2022 09:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Reporter tidak kenal SBF owner FTX kaya lagi dari raja gula... Tetapi lagi selekeh dari elon meeting dengan indon delegation .... His hair elok sikit saja dari einstein
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 07:20 AM GMT+8 , Processed in 0.327725 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list