CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1244|Reply: 13

Konsep Diyat Bakal Ganti Hukuman Mati Sedia Ada

[Copy link]
Post time 13-6-2022 03:59 PM | Show all posts |Read mode
PUTRAJAYA – Kerajaan mungkin bakal memperkenalkan konsep diyat atau pembayaran pampasan ke atas banduan hukuman mati sedia ada termasuk untuk pesalah yang bukan Islam.


Ia antara idea diterima Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Seri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar jika hukuman mati mandatori dimansuhkan kelak.


“Cadangan ini saya dapat daripada pelbagai pihak tetapi saya belum lagi berbincang dengan pihak ilmuwan syariah atau mufti negeri dan ini memerlukan sesi libat urus bersama mereka.


“Mungkin dibuat menyeluruh atau kes tertentu sahaja kerana kita kena pertimbang banyak isu termasuk keadilan untuk keluarga mangsa,” katanya pada sidang akhbar khas di sini hari ini.




Wan Junaidi (tengah) bercakap pada sidang akhbar di Putrajaya, Foto: Kosmo




Jumaat lalu, beliau menerusi kenyataan akhbar memaklumkan bahawa Kabinet pada 8 Jun lalu memutuskan pemansuhan hukuman secara mandatori itu yang melibatkan 11 kesalahan.


Ia meliputi sembilan kesalahan di bawah Kanun Keseksaan dan dua kesalahan mengikut Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 dengan pihak hakim bakal diberikan kuasa budi bicara.


Sebelum itu, hukuman mati mandatori di bawah Seksyen 39B, Akta Dadah Berbahaya 1952 telah dipinda pada 2018 lalu yang membolehkan budi bicara digantikan dengan hukuman lain.


Mengulas lanjut, Wan Junaidi menjelaskan bahawa rekod terkini menunjukkan hanya tinggal 1,342 banduan akhir namun moratorium masih dikekalkan sehingga dimuktamadkan nanti. – CARI


Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-6-2022 04:05 PM | Show all posts
hukuman mati bukan dimansuhkan tapi "mandatori"nya je.
maknanya hukuman mati pada marhaen tetap seperti biasa.
yg ada kad ahli umngok je bakal terlepas ikut budi bicara hakim.
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2022 04:33 PM | Show all posts
lawak apekah yinni?
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2022 04:40 PM | Show all posts
yang dah mati nak kena bayar pampasan pulakkkkk......makin membelit lah undang-undang...
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2022 04:49 PM | Show all posts
meaning banduan ada duit, dapat lepas?
takde duit, boleh mampus??
kebabian apa kah ini
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2022 12:39 AM | Show all posts
ayukpingu replied at 13-6-2022 04:49 PM
meaning banduan ada duit, dapat lepas?
takde duit, boleh mampus??
kebabian apa kah ini

speechless juga..
akan datang, jutawan dan keturunan mereka boleh buat jenayah tanpa risau

ibarat, nak buat jenayah ni, harga dia sekian-sekian.

tapi benda ni baru implement. kita tengok dulu camane diorang execute. for the better or worse
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-6-2022 12:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Yang kaya-kaya jah boleh buat jenayah sekarang nim, no money no talk!
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2022 01:32 AM From the mobile phone | Show all posts
ayukpingu replied at 13-6-2022 04:49 PM
meaning banduan ada duit, dapat lepas?
takde duit, boleh mampus??
kebabian apa kah ini

Aku pun nampak begitu.

Katakan 2 org didapati bersalah membunuh. Seorang tu anak tan sri megah holding. Seorang lagi dari keluarga B40. Keluarga mangsa tuntut pampasan RM20 juta. Anak tan sri tu boleh bayar dan bebas tapi anak B40 tu duduk la dalam penjara.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-6-2022 02:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Ada duit u bayar harga nyawa u. Takda duit u jumpa malaikat terus
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2022 02:29 AM From the mobile phone | Show all posts
ultra78 replied at 14-6-2022 01:32 AM
Aku pun nampak begitu.

Katakan 2 org didapati bersalah membunuh. Seorang tu anak tan sri megah ho ...

Pensyarah nenek tua dah nak mampos Universiti Ini Tengking Melayu tersenyum sinis



This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2022 07:02 AM From the mobile phone | Show all posts
kakikuDibibirmu replied at 14-6-2022 02:29 AM
Pensyarah nenek tua dah nak mampos Universiti Ini Tengking Melayu tersenyum sinis {:1_5 ...

Hukuman ikut kasta. Semoga keluarga mangsa sanggup beri diskaun untuk pesalah B40,lebih-lebih lagi kalau libatkan melayu sama melayu. Sesama Isle kan.Dunia ni sementara,akhirat tempat kita. Sementara pun tetap kena bayar harga ron95 jugak.
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2022 07:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Jadi yg sedar diri B40 jangan buat jenayah ya.
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2022 07:19 AM | Show all posts
no money no talk
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2022 07:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Ini ada kena mengena dengan new world order illuminati freemason kah sister?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 07:47 AM GMT+8 , Processed in 0.455824 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list