CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 381|Reply: 0

Bangkai Lipas, Debu Bulan Dijual RM1.7 Juta

[Copy link]
Post time 13-6-2022 03:56 PM | Show all posts |Read mode
BOSTON, Massachusetts – Bangkai lipas dan debu Bulan yang diekstrak dari badan roket Apollo 11 adalah antara item unik yang bakal dilelong dalam satu acara lelongan pada harga dijangka mencecah AS$400,000 (RM1.7 juta), lapor akhbar Metro UK.


Menurut firma lelongan dari Amerika Syarikat, RR Auction, kesemua item itu adalah sebahagian daripada koleksi barangan unik yang dipamerkan pada acara lelongan yang berlangsung di Boston bermula 26 Mei hingga 23 Jun ini.


Debu Bulan tersebut dilaporkan dibawa pulang ke Bumi pada 1969 oleh angkasawan misi Apollo 11.




Foto: Metro UK




Ia dikumpul menerusi kajian biologi yang dijalankan oleh Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) bagi mencari ‘pepijat bulan’ yang berbahaya.


Naib Presiden Eksekutif RR Auction, Bobby Livingston berkata, antara yang paling menarik perhatian pada acara lelongan tersebut adalah sebahagian daripada item dari eksperimen saintifik Apollo 11, di mana saintis memberi makan lipas-lipas itu makanan berupa debu dari Bulan.


“Ia adalah bahan dari Bulan yang telah dimakan oleh lipas-lipas itu ketika eksperimen dijalankan. Ia adalah sisa-sisa yang tinggal,” katanya.


Dalam misi manusia pertama di Bulan, kru Apollo 11 menjalani kuarantin selama 21 hari selepas kembali ke Bumi bagi memastikan mereka tidak membawa pulang sebarang pepijat atau makhluk perosak yang boleh mengancam Bumi.


Justeru, mereka menjalani beberapa ujian perubatan termasuk ke atas haiwan-haiwan yang dibawa seperti tikus, ikan dan lipas. Haiwan-haiwan itu turut didedahkan kepada batuan dan debu Bulan bagi melihat tindak balas yang berlaku. – CARI


Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 06:53 AM GMT+8 , Processed in 0.032653 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list