CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 770|Reply: 9

[Tempatan] Lima pokok ketum boleh jana ribuan ringgit

[Copy link]
Post time 13-6-2022 08:43 AM | Show all posts |Read mode
Lima pokok ketum boleh jana ribuan ringgit

https://www.utusan.com.my/terkin ... ana-ribuan-ringgit/

Oleh MOHD. HAFIZ ABD. MUTALIB
13 Jun 2022, 7:17 am


LIMA hingga 10 batang pokok ketum sudah mampu membantu pengusaha menjana pendapatan ribuan ringgit jika tanaman tersebut dibenarkan untuk tujuan eksport. - UTUSAN

ARAU: Ketum jika ‘dihalalkan’ untuk tujuan eksport sememangnya mampu membantu penduduk luar bandar khususnya dalam menjana pendapatan tambahan.

Malah, mereka yang mempunyai lima atau 10 batang pokok dikatakan cukup membantu menjana pendapatan sehingga RM4,000 sebulan.

Difahamkan, sebatang pokok ketum boleh menghasilkan lima hingga 10 kilogram daun untuk sekali kutip dengan hasil jualan boleh mencecah RM200 setiap dua minggu.

Jumlah itu adalah kiraan bagi harga pasaran RM20 sekilogram dan jika daun ketum dijual di Thailand harganya boleh mencecah RM100 sehingga RM150 bagi setiap kilogram.

Tanaman ketum di negeri ini dianggarkan seluas 1.75 hektar yang merangkumi ladang, kebun kecil serta kawasan persendirian di kampung-kampung.

Di Kedah, jumlah keluasan tanaman ketum di seluruh negeri itu pula dianggarkan kira-kira 140 hektar melibatkan 84,577 batang pokok dengan jumlah petani yang terlibat dalam tanaman pokok tersebut pula seramai 177.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, seorang penduduk yang enggan namanya didedahkan berkata, kenyataan Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Zahidi Zainul Abidin sebelum ini bahawa tanaman ketum mampu membantu menjana pendapatan sememangnya ada kebenaran kerana mendapat permintaan tinggi di Thailand dan harganya mencecah ratusan ringgit sekilogram.

“Sebagai contoh, saya mempunyai kira-kira 74 pokok ketum di belakang rumah. Kesemua pokok itu mampu menghasilkan kira-kira 740 kilogram daun ketum sekali kutip dan jika terjual dengan harga serendah RM15 sekilogram, sudah mampu menjana pendapatan lebih RM22,000 sebulan.

“Namun sayangnya, kerajaan belum membenarkan penanaman ketum untuk tujuan komersial dan eksport tumbuhan berkenaan sedangkan negara jiran sudah meraih hasil daripada ketum,” katanya.

Baru-baru ini, Utusan Malaysia melaporkan, Malaysia mampu menjana pendapatan sehingga RM2 bilion setahun jika ketum dibenarkan untuk tujuan eksport. – UTUSAN

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-6-2022 08:52 AM | Show all posts
bukan kata sha***n kas&im ada beratus2 eka pokok ketum???

Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2022 10:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Kitty_catz replied at 13-6-2022 08:52 AM
bukan kata sha***n kas&im ada beratus2 eka pokok ketum???

Memang ade. Tak ingat pulak kat mana. Kebun dia siap pasang pagar elektrik dengan spotlight.
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2022 11:09 AM From the mobile phone | Show all posts
Org msia ni xde disiplin..kata tanaman utk eksport tapi nanti dibantainya minum sendiri..dah ramai penagih pula..x pyh bg tapi kerajaan knlah fikirkan alternatif tanam apa nak naikkan pdnptn petani2 ni
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2022 01:29 PM | Show all posts
Gomea replied at 13-6-2022 10:35 AM
Memang ade. Tak ingat pulak kat mana. Kebun dia siap pasang pagar elektrik dengan spotlight.

kat perlih la kann.. takkan kat kedah? kata kat jln padang siding?

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2022 03:42 PM | Show all posts
Harum manis dah ada pesaing baru sekarang
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-6-2022 05:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Kitty_catz replied at 13-6-2022 08:52 AM
bukan kata sha***n kas&im ada beratus2 eka pokok ketum???

Kisah ni dah 10 tahun der..orang utara yang citer.wallahua'lam.
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2022 05:33 PM From the mobile phone | Show all posts
jas7512 replied at 13-6-2022 03:09 AM
Org msia ni xde disiplin..kata tanaman utk eksport tapi nanti dibantainya minum sendiri..dah ramai p ...

Ketum macam air teh Cina saja jika uols minum tak campur apa2. Just pure daun ketum. Saya tafaham mengapa ketum boleh disalahguna tapi begitu la perangai manusia.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-6-2022 06:22 PM | Show all posts
Belibis replied at 13-6-2022 05:30 PM
Kisah ni dah 10 tahun der..orang utara yang citer.wallahua'lam.

ye kan meols dah tempek gambo heols melawat kebun.. katanyehh 2,000 eka.. ye ke? bukan perlih darul cenonet?
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2022 06:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Rumah parent aii kat kampung ada tanam ni pokok ni..mmg hidup subur..tapi tu la..masa peg pertanian datang review projek kelapa panda ayh aii diorang mcm bg verbal warning suruh tebang..katanya kesalahan tanam ni boleh ke penjara..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
‘Tiada lagi suami Melayu terakhir’, Fattah Amin dan Fazura Sah Cerai Talak Satu
CARI-HBZ‘Tiada lagi suami Melayu terakhir’, Fa
Views : 106947 Replies : 4894
Ibu sanggup kayuh basikal dalam gelap untuk jemput ambulans buat netizen kagum
YgBenarIbu sanggup kayuh basikal dalam gelap un
Views : 10579 Replies : 9
PEKERJA AUNTIE ANNE’S CIUM DOH DIBERHENTIKAN, PREMIS DI MID VALLEY DITUTUP SEMENTARA
YgBenarPEKERJA AUNTIE ANNE’S CIUM DOH DIBERHEN
Views : 42040 Replies : 85
Tengku Muhammad & Tengku Natasya Adnan
irveneTengku Muhammad & Tengku Natasya Adnan
Views : 33249 Replies : 78
Sila Pilih Jawapan.....
telracsSila Pilih Jawapan.....
Views : 6985 Replies : 13
Kebanjiran warga China beli rumah di Malaysia memberi kesan negatif yang dirasai rakyat tempatan - Dr Muhammad Najib Razali dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
YgBenarKebanjiran warga China beli rumah di Mal
Views : 33632 Replies : 9
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 104524 Replies : 5761
Muslim marry 4...
BoomibulatMuslim marry 4...
Views : 9773 Replies : 80
Uji Minda :)
yoanaUji Minda :)
Views : 105348 Replies : 1660
Tips nak jadi jutawan dalam masa satu tahun. Semoga bermanfaat
YgBenarTips nak jadi jutawan dalam masa satu ta
Views : 33239 Replies : 16

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-10-2024 03:21 PM GMT+8 , Processed in 0.128639 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list