CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 440|Reply: 0

KJ Dijemput Ke Universiti Harvard

[Copy link]
Post time 10-6-2022 07:10 PM | Show all posts |Read mode
Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar menjadi seorang daripada 12 menteri dipilih dari pelbagai negara bagi menghadiri Harvard Ministerial Leadership Program di Universiti Harvard, Amerika Syarikat bermula 12 hingga 15 Jun ini.


Kementerian Kesihatan (KKM) dalam kenyataannya memaklumkan, beliau menerima undangan daripada Universiti Harvard bagi menghadiri program yang dianjurkan secara bersama oleh Harvard T.H. Chan School of Public Health, Harvard Graduate School of Education dan Harvard Kennedy School.




Kredit foto: FB KJ



Menurut kenyataan itu, program bertaraf global itu dianjurkan secara jemputan khas dengan kesemua 12 menteri dipilih terlibat di dalam portfolio kesihatan, pendidikan serta pembangunan insan.


“Program ini memberi penekanan kepada aspek kepimpinan serta fokus kepada perkongsian interaktif dan paraktikal peserta menerusi perbincangan kajian kes dan pengalaman masing-masing dalam pembangunan insan dan juga kemajuan ekonomi.


“Jemputan khas kepada menteri kesihatan untuk menyertai program yang dianjurkan pada setiap tahun ini adalah satu pengiktirafan buat negara, khususnya KKM,” katanya.


Sementara itu, program tersebut juga merupakan antara platform terbaik untuk mempelajari dan menganalisis pengalaman negara-negara lain yang boleh dijadikan rujukan, di samping peluang untuk Malaysia berkongsi kejayaan serta pengalaman dalam menguruskan pandemik Covid-19.




Sumber: KOSMO! ONLINE
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 06:44 AM GMT+8 , Processed in 0.055852 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list