CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1735|Reply: 18

Lelaki OKU Tak Puas Hati, Siapa Yang Luluskan Gerai Di Kaki Lima? Baldi Air Bersusun Halang Laluan Sampai Nak Jatuh Tebing

[Copy link]
Post time 10-6-2022 11:35 AM | Show all posts |Read mode
Sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL2022) yang sedang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), orang ramai berpusu-pusu mengambil peluang untuk membeli buku selain berjumpa karyawan kegemaran mereka.


Dek kerana sambutan cukup menggalakkan ini, para peniaga tidak melepaskan peluang untuk menjual makanan serta minuman di kaki lima di kawasan berdekatan WTC.


Namun begitu, sikap pentingkan diri dan tidak bertimbang rasa segelintir peniaga yang meletakkan barang jualan hingga menghalang laluan pejalan kaki mengundang rasa kurang senang individu bernama Ahmad Faiz yang merupakan seorang lelaki dalam kategori orang kelainan upaya (OKU).


Foto: Twitter




Perkara itu diluahkan Ahmad Faiz di Twitter secara terbuka.


“Siapalah yang luluskan boleh letak gerai dekat kaki lima ni.


“Sudahlah ini je satu-satunya laluan nak ke lif untuk naik jejantas (penghubung PWTC ke Sunway Putra).


“Ini nasib baik aku datang dengan kawan, bolehlah dia tolong clear jalan, kalau datang sorang?,” luah Faiz pada ciapannya bersama sebuah video.







Ciapan tular itu menunjukkan Faiz yang menggunakan kerusi roda mengalami kesukaran untuk melalui laluan berkenaan kerana terdapat banyak barang jualan.


Malah menerusi video berkenaan dapat dilihat wheelchair yang dinaiki Faiz hampir terjatuh daripada tebing kaki lima hanya kerana mahu mengelak barang jualan milik peniaga di situ.


Dalam pada itu, Faiz turut mendakwa peniaga berkenaan sedikit pun tidak mengendahkan situasi tersebut.


“Brother empunya gerai ni pula, apabila nampak sempit (saya) tak boleh jalan, dia boleh tengok je. Padahal yang menghalang jalan ni barang-barang dia. Entahlah.


“Dekat situ banyak lagi ruang lain boleh pacak gerai. Janganlah buka di laluan kerusi roda.


“Bahu kaki lima ni agak tinggi. Dengan ruang yang sangat sempit, roda wheelchair boleh tergelincir ke bawah... bahaya,” jelasnya lagi.


Berikutan ciapan yang tular itu, pelayar Twitter lain turut meluahkan pendapat mereka.


Rata-rata warga maya juga tidak bersetuju dengan sikap sesetengah pihak yang hanya memikirkan keuntungan namun mengabaikan kebajikan pengguna jalan yang lain.


“Saya sokong peniaga kecil berniaga, tetapi janganlah letak barang-barang sampai OKU dan warga emas sukar bergerak. Budayakan minda sivik dan memudahkan orang ramai.


“Saya bekerja dengan golongan OKU. Salah satu kerisauan dan masalah yang mereka hadapi ialah, accessibility. Disebabkan kekurangan ini, ramai antara mereka fikir atau rasa mereka ni menyusahkan orang. Sebenarnya kita yang tak memudahkan,” ujar beberapa netizen membalas ciapan asal Faiz.


Untuk rekod, sehingga kini posting tersebut telah menerima lebih 4,800 jumlah ciapan semula dan lebih 3,700 tanda suka. -CARI


Sumber: mStar Online
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-6-2022 11:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Warganegara atau indon yg jual?


Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2022 11:41 AM | Show all posts
sebab tu i tak kesian pun peniaga-peniaga tepi jalan macam ni kena ambush kena sita bagai..
orang bodoh je dok salah dok maki pbt sebab halau rampas jualan dorang..
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2022 12:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by addamnor at 10-6-2022 12:18 PM
prettyuglybabe replied at 10-6-2022 11:41 AM
sebab tu i tak kesian pun peniaga-peniaga tepi jalan macam ni kena ambush kena sita bagai..
orang bo ...


Biasa lah dek ummah tanah air tak lekang dari play victim. Asek2 pbt roboh kedai asek2 pbt robih gerai. Dia pula tak sedar duk meniaga block laluan bagai. Bila orang tegur tak berubah, bila orang report kata orang dengki. Tak ada sapa lah nak dengki takat penjual tepi jalan taraf B40 nak makan pun terkial kial tak ada duit tu, orang report sbb semak menyusahkan orang ramai.
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2022 12:58 PM | Show all posts
Nak berniaga janganlah sampai menyusahkan orang
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2022 01:36 PM | Show all posts
Yang berniaga amik parking lot pon sama. Dah la tempat tumpuan orang, dia sibuk nak niaga kt tempat parking. Pastu keta kena park tempat yg bukan petak parking

Contoh boleh tgk la kat tasik titiwangsa tu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-6-2022 01:37 PM From the mobile phone | Show all posts
sian org oku ni
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2022 02:19 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-6-2022 02:25 PM | Show all posts
Kesian nya lah nasib orang oku ye. Bukan semua orang peka hal2 begini. Ditambah lagi sikap tamak & pentingkan diri.
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2022 02:40 PM | Show all posts
keh keh keh

jangan sampai mulut lu lepas ni orang ramai mula tak ambil peduli tentang OKU...
be a vicitim, jauh sangat bezanya dengan play and terasa victim...
jangan normalkan memarahan lu orang pada sosial media...
bila dah normal, maka orang akan layan lu orang sama je macam netizen normal...
masa tu nanti, baru lu nak pakai kad OKU ? nak bagi orang kesian...?
masa tu dah terlambat, sebab lu sendirikan normalkan itu perkara pada golongan OKU..

so, advise wa pada OKU, stay exclusive...shout but dont yell..
lu orang is better then normal people here...

keh keh keh
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2022 02:42 PM | Show all posts
Tukang bagi permit la peoblem... patut ada chart kat mana gerai2 ni kena letak kedai depa & areas yang off limit.  Unless gerai ni gi extend masuk off-limit area la.  Tapi yang tukang bagi permit pun takkan nak kerja senang je collect duit, tapi tak memantau satu masaalah jugak..
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2022 03:20 PM | Show all posts
Peniaga tengok ja? Yang tolong tolak2 alihkan tong plastik tu bukan eh?

Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2022 03:37 PM | Show all posts
rikiruj replied at 10-6-2022 02:42 PM
Tukang bagi permit la peoblem... patut ada chart kat mana gerai2 ni kena letak kedai depa & areas ya ...

Selalu yang ada permit dia orang dah ada lot niaga yang dikhaskan dekat dengan bangunan tak halang kaki lima jalan macam tu.  Yang kat kaki lima ni selalunya main bukak meja jual.  Mana dia orang nak fikir menyusahkan OKU ke apa yang dia orang fikir pasti ramai lalu situ lepas turun tangga mesti ramai yang haus dahaga sales naik.
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2022 04:33 PM | Show all posts
prettyuglybabe replied at 10-6-2022 11:41 AM
sebab tu i tak kesian pun peniaga-peniaga tepi jalan macam ni kena ambush kena sita bagai..
orang bo ...

Sambil maki PBT sambil tanya kenapa tak pi robohkan kuil

PBT kena fokus robohkan kuil sampai licin dulu. Sementara tu kita enjoy pacak gerai di kaki lima ikut suka


Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2022 04:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Warga asing kdg2 ambik kesempatan camni..area tu indon pun mcm org tempatan dah..
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2022 04:43 PM | Show all posts
ape nak heran nya.negara ni kan mcm takde peraturan..dbkl tu apa fungsi pun tak tau
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-6-2022 04:49 PM | Show all posts
Ah_Kwan replied at 10-6-2022 02:40 PM
keh keh keh

jangan sampai mulut lu lepas ni orang ramai mula tak ambil peduli tentang OKU...

agreed...well said
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2022 06:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Biasalah 70% masih lagiber mentaliti kelas negara dunia ketiga
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2022 06:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Oh terlupa nak bagi tau Kepada OKU OKU sedar lahsikit anda berada di negara mana? Lain kali jangan bersuara jangan menuntut hak anda walaupun anda juga adalah warganegara.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 06:25 AM GMT+8 , Processed in 0.213818 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list