View: 800|Reply: 5
|
Penat Jual Kentut, Sekarang Jual Peluh Kutip Di Dada- Sebotol RM2000 Lebih
[Copy link]
|
|
HARTFORD, Connecticut – Pesohor media sosial dari Connecticut, Amerika Syarikat (AS), Stephanie Matto yang pernah tular menjual kentut, kini beralih menjual peluhnya, lapor laman FirstPost.
Matto memberitahu bahawa sebuah botol yang berisi peluhnya dijual pada harga AS$500 (RM2,197) menerusi klip video yang memaparkan cara dia mengumpul titisan tersebut dari bahagian dadanya sahaja.
Menurut laporan, Matto memperoleh sehingga AS$5,000 (RM21,977) setiap hari dengan menjual peluh tersebut di laman webnya.
 Foto: IG
Laporan juga mencadangkan bahawa bintang realiti itu mampu mengisi sehingga 10 botol apabila cuaca cukup panas.
Sebelum ini Matto menjana wang dengan menjual kentutnya di dalam botol.
Dia mengambil keputusan untuk berhenti kerana sudah tidak tahan mengikuti diet pemakanan merangkumi hanya kacang dan telur.
Kaedah pemakanan itu menyebabkan Matto mengalami sakit dada yang teruk dan mempunyai gas berlebihan dalam badan yang menyebabkan dia dimasukkan ke hospital. – CARI
Sumber: Kosmo |
|
|
|
|
|
|
|
Harap tak ada yang terpengaruh kali ni |
|
|
|
|
|
|
|
Kelebihan perempuan cantik jual apa pun ada potensi boleh laku.. apa lagi yang dijual sangat unik dan kena pula dengan masyarakat spt amerika, ada orang kayanya yang sangup beli benda-benda eksotik walaupun cuma remeh temeh.. perfect!!  |
|
|
|
|
|
|
|
taik tak nak jual skali ke sis |
|
|
|
|
|
|
|
Masalahnye akan ade SIMP yang beli |
|
|
|
|
|
|
| |
|