View: 2761|Reply: 37
|
"Perayaan Hantu Jepun Ke..." - Firdaus Wong Jelas Hukum Sertai Perayaan Hantu Lapar
[Copy link]
|
|
Baru-baru ini, tular tentang isu segelintir rakyat Malaysia beragama Islam ingin menyertai festival dan perayaan agama lain seperti festival Bon Odori dan juga Perayaan Hantu Lapar.
 IG Firdaus
Hal ini mendapat perhatian pendakwah bebas Firdaus Wong, di mana dia juga menitipkan pesanan menerusi perkongsiannya di Instagram dan menyeru agar orang ramai memandang serius akan isu ini apatah lagi ia berkait dengan akidah diri sebagai umat Islam.
“Setelah meneliti sejarah dan kepercayaan dalam festival ini, kami berpandangan bahawa tidak ada keperluan bagi umat Islam untuk menghadirinya. Ini kerana, ia berkait rapat dengan akidah dan pegangan umat Islam.
"Larangan ini berdasarkan firman Allah SWT yang bermaksud, 'Dan mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang tidak menghadiri tempat-tempat melakukan perkara-perkara yang dilarang, dan apabila mereka bertembung dengan sesuatu yang sia-sia, mereka melaluinya dengan cara membersihkan diri daripadanya.' (al-Furqan: 72),” tulisnya.
Firdaus juga menasihati agar orang ramai tahu akan prinsip dalam beragama dan tidak bersikap beriya-iya dalam menyertai mana-mana upacara mahupun perayaan.
“Perayaan hantu lapar Cina ke, hantu Korea ke, hantu Jepun ke, hantu raya atau apa jua hantu hantu sekalian pun, tidak berubah kehantuannya walau bekap mekap tebal seinci.. Ini bukan soal takut atau risau terpengaruh tetapi isu prinsip dalam agama.
" enganut Hindu yang warak tidak pula beriya-iya nak menyertai upacara korban kita sebagai Muslim dan kita sebagai Muslim tidak pula menyindir mereka yang tidak menyertai kerana kita faham itu prinsip agama mereka.
"Tak pernah pula saya jumpa penganut Kristian yang warak beriya-iya menyertai upacara membawa kavadhi dan berarak dalam Thaipusam dan tidak pula penganut Hidum yang alim menyindir penganut agama lain yang tidak sertai mereka.
"Mereka faham prinsip agama masing-masing dan tidak beriya-iya menyertai perayaan mahupun pesta agama lain," pesannya.
Isu sebegini tidak boleh dipandang ringan apatah lagi ia membabitkan soal agama, jangan dek kerana mahu ikutkan trend sehingga mengabaikan prinsip dan akidah sebagai umat Islam.
Sumber: Murai
|
|
|
|
|
|
|
|
ramai umat islam di malaysia sudah terjun ke lubang taik kerana pengaruh liberal |
|
|
|
|
|
|
|
ifanonline replied at 10-6-2022 09:18 AM
ramai umat islam di malaysia sudah terjun ke lubang taik kerana pengaruh liberal
Liberal so yesterday |
|
|
|
|
|
|
|
Ari tu negeri ni juga yg beria halang jemaah solat jumaat kalo x de booster |
|
|
|
|
|
|
|
Pergi aja nak pergi. Semuanya terletak pada hati.
Saya pergi club pergi bar tak pernah minum alkohol pun. |
|
|
|
|
|
|
|
bulan 7 ni cina pulak buat dance hantu lapar |
|
|
|
|
|
|
|
klau ko pegi negara org pn.. ko akn join jer mcm2 festival dorg kn.. nk tgk budaya org kaedahnya.. tp ye la skrgkn nk membina semula ekonomi kita.. akn masuk la mcm2 kt negara kita nie..tunggu jer la.. pada aku senang jer.. xde keperluan xyh pegi.. |
|
|
|
|
|
|
|
'Dan mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang tidak menghadiri tempat-tempat melakukan perkara-perkara yang dilarang, dan apabila mereka bertembung dengan sesuatu yang sia-sia, mereka melaluinya dengan cara membersihkan diri daripadanya.' (al-Furqan: 72),” tulisnya. walaupun tak minum alkohol, tapi bar dan club adalah tempat sia-sia...
|
|
|
|
|
|
|
|
orang kita ni ibadat puasa pun tak sempurna masih sebuk nak celebrate perayaan agama org lain. perbaiki dulu ibadat kita then next baru think think ,mana yg baik yg buruk utk diri sendiri. Salam Jumaat.
|
|
|
|
|
|
|
|
Hakikat perayaan dengan budaya dengan agama tu intertwined
Meraikan kepelbagaian tu bukan maksud ko nak jadi orang Jepun. Even kalo ko nak pun you are too berkerak to be accepted.
Susah betul kalau tak boleh hidup bermasyarakat ni.
|
|
|
|
|
|
|
|
Halloween, Christmas pun selamba je puak2 ni sambut. Walau berapa banyak dah ulama ulas pasal perayaan2 agama lain. So ikut korang lah, why bother? |
|
|
|
|
|
|
|
mufti2 kena continuously remind ummah mengenai hukum hakam...jgn dok dengar pendapat kapir dlm hal agama mereka, kita perlu jaga hal ehwal islam shj dan ummah islam perlu bertegas dlm hal ehwal akidah...Malaysia sebuah negara Islam dan majoriti penduduknya adalah beragama Islam...kpd mereka2 yg tidak boleh menerima ini, haruslah mereka migrate ke negara lain...
|
|
|
|
|
|
|
|
Kat tanahair ni yang dilarang yang dah viral lagi ramai pengunjungnya. Elok2 ramai tak tahu tak pernah pergi sebab kan ni pasti meningkatkan perasaan ingin tahu untuk pergi. Seeloknya tak perlu dipanjang2kan lagi isu ni lagi pun semua kenyataan nasihat dan arahan dah diberikan. |
|
|
|
|
|
|
|
nama pon perayaan "jepon" da kenapa sibuk nak buat sini??
sini byk budak2 kpop.
kalu buat perayaan antu kpop kompom ramai batak2 kpop nak join
 |
|
|
|
|
|
|
|
bangcak replied at 10-6-2022 04:25 PM
nama pon perayaan "jepon" da kenapa sibuk nak buat sini??
sini byk budak2 kpop.
kalu buat perayaan ...
Benda ni dah buat kat sini lama sebelum kpop mendunia  |
|
|
|
|
|
|
|
apa pengisian masa festival odori... menari-nari memanggil hantu ker. |
|
|
|
|
|
|
|
Aku ok je bila ustaz2 nak bagi nasihat... sebab mungkin ada yang jahil tak tahu hukum... yang dah pandai suka suki buat hukum sendiri tu, semoga diberi petunjuk oleh Allah... |
|
|
|
|
|
|
|
Klau smbutan psl Kpop, maka rmai lah jejantz ummah Mulayu Melesia brkuntum kat FB sbb nak mngutuk kaum prmpuan tnpa hnti slama 7 hri 7 mlam, biasa lh lol.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|