CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 596|Reply: 3

Janda Akui Diri Bodoh, Rela Hati 'Derma' RM2.76 Juta Pada Scammer

[Copy link]
Post time 9-6-2022 03:43 PM | Show all posts |Read mode
LONDON: Seorang wanita mengakui dirinya bodoh selepa kehilangan £500,000 (RM2.76 juta) akibat diperdaya oleh dua scammer.


Mangsa yang dikenali sebagai Anne Larkin membuat pengakuan itu selepas bersetuju dengan kritikan pengguna media sosial itu kerana mudah percaya sehingga sanggup melakukan transaksi melibatkan jumlah wang banyak.


Memetik laporan Daily Mail, Larkin dari East Yorkshire berkata, dia dilanda kesedihan teramat sangat selepas `kehilangan cinta hidupnya’.


Foto: Daily Mail




Wanita berusia 55 tahun itu diperdaya oleh dua lelaki dalam talian selepas suaminya, Graham meninggal dunia pada November 2019.


Larkin yang juga bekas konstabel polis berkata, salah seorang lelaki itu menyamar sebagai pelakon Hollywood, Gerard Butler di Facebook dan memintanya menyumbang wang untuk membiayai gelandangan.


Ketika mengimbas kembali kejadian itu, Larkin mengakui perbuatannya tidak masuk akal namun dia menyalahkan kesilapan dilakukannya disebabkan kesedihan dialami selepas kematian suaminya.


Bagaimanapun, pengguna media sosial mengkritik tindakan Larkin sebagai bodoh kerana mudah percaya orang tidak dikenali terutamanya individu yang berpura-pura menjadi pelakon terkenal.


Menurut Larkin, dia mendapat wang insuran sebanyak 1.27 juta pound (RM7.02 juta) selepas kematian suaminya akibat kegagalan fungsi hati dan buah pinggang.


Katanya, dia beralih ke media sosial bagi mengatasi rasa kesunyian selepas kematian suaminya dan ketika pandemik Covid-19.


Jelas Larkin, pada mulanya, dia berkenalan dengan seorang lelaki bernama `Clinton’ dalam media sosial yang mendakwa merupakan tentera di New Jersey.


Katanya, lelaki itu meminta wang agar dia boleh melawat anaknya yang berada di sekolah tentera.


“Kemudian, seorang lagi lelaki yang hanya dikenali sebagai `G’ menghubungi saya. Dia mendakwa merupakan pelakon Gerard Butler.


“Selepas itu, kami kerap menghantar mesej dalam talian dan lelaki itu meminta saya wang untuk membina rumah bagi gelandangan,” katanya.


Kedua-dua lelaki itu yang dipercayai merupakan sebahagian kumpulan jenayah terancang, memperdaya Larkin sehingga mangsa kehilangan wang sebanyak £500,000 (RM2.76 juta). -CARI


Sumber: Utusan Online
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-6-2022 03:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia pun dah mengaku bodoh. Nak kata apa lagi
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2022 04:53 PM | Show all posts
Semua yang dah terkena pasti akan berkata perkara yang sama dan menasihatkan yang lain jangan jadi sepertinya.
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2022 09:43 AM | Show all posts
kesian acik ni. baik acik sedekah dekat iols je duit insuran tu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 06:24 AM GMT+8 , Processed in 0.045193 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list