CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 446|Reply: 0

Polis Dituduh Pengecut, Tunggu Saja Dalam Dewan Ketika Sekolah Diserang

[Copy link]
Post time 9-6-2022 12:07 PM | Show all posts |Read mode
Seorang guru yang mengalami kecederaan akibat insiden tembakan besar-besaran di Uvalde mengutuk anggota polis sebagai ‘pengecut’ kerana lambat bertindak sehingga menyebabkan murid sekolah terbunuh.


Menerusi temubual bersama ABC News, Arnulfo Reyes berkata, semasa kejadian dia terpaksa memberitahu pelajarnya yang lain supaya berpura-pura tidur.




CBS News/ABC News




Katanya, 11 daripada mereka maut apabila lelaki bersenjata itu mengintainya dari bilik darjah bersebelahan selama lebih sejam.


Sedangkan ketika itu anggota polis hanya menunggu di dalam dewan.


Guru itu berasa kecewa kerana anggota polis mengambil masa lebih sejam untuk menyerang suspek.


Reyes yang sudah berkhidmat selama 17 tahun memberitahu tidak menyangka hari tersebut bertukar menjadi tragedi ngeri.


“Masa itu, murid-murid sedang menonton filem dan saya mengarahkan mereka bersembunyi di bawah meja dan berpura-pura tidur.


“Namun, pengganas itu masuk melalui kelas sebelah dan melepaskan tembakan,” katanya.




Mangsa




Insiden tembakan tersebut mencetus kemarahan global apabila meragut 21 nyawa termasuk 19 daripadanya kanak-kanak di Sekolah Rendah Robb.


Suspek berusia 18 tahun yang melancarkan serangan itu berjaya ditembak mati oleh anggota polis dan tidak mempunyai sebarang rekod jenayah mahupun sejarah kesihatan mental.




Sumber: Utusan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-2-2025 04:41 AM GMT+8 , Processed in 0.057456 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list