Seorang pelumba basikal secara tidak sengaja merempuh isterinya di garisan penamat selepas memenangi peringkat ketiga dalam jelajah berbasikal Vuelta a Colombia pada Ahad lalu.
Insiden berlaku ketika wanita itu sedang mengambil gambar Luis Carlos Chia yang berjaya melintasi garisan penamat terlebih dahulu.
Kredit foto: New York Post
Lapor Daily Mail, rakaman langsung menunjukkan Claudia Roncancio dalam keadaan terbaring dengan matanya terbuka serta kelihatan tidak bermaya di belakang garisan penamat.
Rakaman tersebut turut memaparkan Chia yang cedera akibat rempuhan itu, dibantu beberapa individu untuk turun daripada basikalnya.
Roncancio yang merupakan bekas pelumba basikal dan kini mengembara bersama suaminya, dibawa ke hospital selepas insiden itu.
Kredit foto: New York Post
Media tempatan melaporkan Roncancio diletakkan dibawah penjagaan dan memerlukan jahitan pada luka di kepalanya.
Sementara itu, Chia menegaskan Roncancio masih dalam keadaan sedar selepas rempuhan itu walaupun beberapa rakaman televisyen menunjukkan wanita itu kelihatan sudah pengsan.
Kredit foto: New York Post
“Doktor sudah memeriksa isteri saya dan memaklumkan dia alami trauma selepas rempuhan itu.
“Roncancio tahu akan ada pecutan di garisan penamat dan saya tak faham mengapa dia tidak keluar dari kawasan itu,” katanya.
Sumber: Utusan |