CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 26123|Reply: 233

Azri Iskandar kenal bakal isteri selepas 12 hari cerai dengan Ellie Suriaty... Rancang nikah dalam masa terdekat

  [Copy link]
Post time 8-6-2022 08:52 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by ghopper at 8-6-2022 10:52 PM

Azri Iskandar kenal bakal isteri selepas 12 hari cerai dengan Ellie Suriaty... Rancang nikah dalam masa terdekat
Rabu, 08 Jun 2022 5:36 PM
Oleh: NUR ASYIKIN MAYUDIN

Azri dedah bakal kahwin penulis skrip dalam masa terdekat.
BELUM pun sebulan bercerai, pelakon Azri Iskandar mengesahkan bakal kembali berumah tangga dengan seorang penulis skrip bernama Dr Azra Diera.

Azri, 54, memberitahu dia akan menghantar rombongan meminang wanita berkenaan dalam masa terdekat.

"Saya belum ada lagi tarikh kahwin, mungkin dalam masa dua minggu ini saya akan ke Perlis jumpa keluarga perempuan untuk merisik,

"Saya nak bincang dengan keluarga Azra untuk percepatkan perkahwinan, kalau boleh bulan ini," ujarnya kepada mStar.

Saya dah tua tak reti nak bercinta-cinta, kalau dah jumpa seseorang saya nak terus kahwin.

Berkongsi perkenalan dengan Azra, 43, Azri berkata, dia mengenali wanita itu 12 hari selepas bercerai dengan Ellie Suriaty.

Pelakon Sabarlah Duhai Hati itu berkata, dia jatuh hati dengan Azra yang juga seorang penulis skrip ketika pertemuan pertama.

"Saya jumpa Azra selepas 12 hari bercerai dengan Ellie, itu pun sebab satu projek drama RTM, kemudian saya hubungi Azra untuk bertanya lanjut mengenai skrip drama itu.

"Daripada situ saya terus tertarik melihatnya dan berterus terang. Rupanya dia juga sukakan saya, kami rancang untuk berkahwin kerana masing-masing dah berusia," ujarnya.

Dalam pada itu, Azri menegaskan hubungannya dengan Azra bukanlah punca rumah tangganya musnah.

Azri Iskandar sudah terbuka hati kahwin lagi selepas bercerai dengan Ellie.

Tambahnya, dia membuat keputusan untuk berkahwin berikutan tidak mahu membuang masa dan usia yang semakin meningkat.

"Saya nak move on dan tak nak buang masa sebab dah jumpa orang sesuai, tapi perkahwinan ini bukan punca saya bercerai dengan Ellie.

"Saya dah tua tak reti nak bercinta-cinta, kalau dah jumpa seseorang saya nak terus kahwin," ujarnya.

Untuk rekod, Azri bercerai dengan pengarah dan pelakon Ellie Suriati Omar pada 17 Mei lalu selepas 19 tahun hidup bersama.

Pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata iaitu Azrell Omar, 18 dan Nur Azreen, 13.




Update:
Pengarah, pelakon dan jurulatih lakon, Ellie Suriaty tidak terkejut apabila bekas suaminya, Azri Iskandar bakal berkahwin dengan seorang wanita bernama Azra Diera Abdul Hamid sedangkan tempoh proses edah mereka masih belum habis selepas masing-masing bersetuju untuk bercerai dan membawa haluan masing-masing pada 17 Mei lalu.

“Saya tidak terkejut dan sudah boleh agak akan hal ini. Sebab itulah hati saya benar-benar bulat dan tekad untuk menarik diri daripada perkahwinan ini.  Sebab saya dah rasa dia ada hubungan dengan wanita lain.

“Dan, waktu saya failkan cerai, saya tak perlu tanya lagi untuk dapatkan apa-apa kepastian atau kesahihan. Sebab saya kenal dia sangat sebagai suami selama 19 tahun.

“Selama tempoh itu, kita telah melalui segala susah senang bersama. Bila ada perubahan dalam rumahtangga, saya tahu hati dia ada pada orang lain dan bukannya dengan saya lagi,” katanya kepada Getaran.

Menurut Ellie lain, dia tidak mahu ambil kisah tentang siapa pun yang bakal dikahwininya.

“Lebih baik saya teruskan kehidupan ini demi anak-anak dan tumpukan perhatian kepada kerjaya seni saya. Sebab hidup ini terlalu bermakna untuk kita serabutkan otak dengan hal-hal sebegini,” katanya lagi.

“Sebelum bercerai, saya telah ambil keputusan yang cukup lama untuk memikirkan baik dan buruknya.

“Bahkan saya sudah memohon petunjuk daripada Allah SWT. Azri tidak tahu yang saya tahu apa dia lakukan di belakang saya.

“Tapi, naluri seorang isteri itu sangat kuat. Kita sendiri dapat rasakan banyak perubahan yang sangat ketara. Lagipun kita bukan baru kahwin setahun dua.

“Saya tak nafikan anda ramai perempuan di luar sana yang jauh lebih baik daripada saya. Tapi mereka bukan Ellie Suriaty yang sangat faham siapa Azri Iskandar,” katanya lagi.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-6-2022 08:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Okay

Satu azri.
Satu azra

Selamat Pengantin Baru.
Bila orang yg kehendak kita tak leh kata apa apa dah. Orang lelaki yg mahu.
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2022 08:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Betullah statement Azri haritu dia kabor dia xbiasa jadi duda hahahaha sekejap je nak kahwin baru dah nak menamatkan zaman duda
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2022 08:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Selamat berbahagia
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2022 09:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Renjis renjis dipilis...
So kak elly boleh la intai jibby selesai edah
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2022 09:03 PM From the mobile phone | Show all posts
ya rabbi...gittewww pakcik azri betapa memerlukan perempuan utk kelangsungan hidup
btw, congrats in advance la ye.semoga berkekalan hingga ke akhir hayat
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-6-2022 09:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Adakah ini membuktikan yang Azri lelaki Beta?
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2022 09:10 PM From the mobile phone | Show all posts
awanearisu replied at 8-6-2022 09:05 PM
Adakah ini membuktikan yang Azri lelaki Beta?

Apa maksudnya..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-6-2022 09:12 PM From the mobile phone | Show all posts
kalau betul ckp acik acik forum ckp yg azri n bewak..beruntungnye dy..ade yg sambar terus wei
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2022 09:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by awanearisu at 8-6-2022 09:20 PM
wirazam replied at 8-6-2022 09:10 PM
Apa maksudnya..





Azri sendiri mengaku tak biasa menjadi duda.
Lelaki Beta perlukan pemimpin. Mereka hanyalah pengikut.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2022 09:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Google Dr ni macam wujud. Okaylah tu, Doktor PHD. Selamat Pengantin Baru lah Azri dan Azra.
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2022 09:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Wow..cepat sggh..
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2022 09:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Masyukkkkkkkkkkkkkk
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2022 09:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Obviously he is on a rebound
Good luck jer lah
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2022 09:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Beraninya azra. Good luck. Sejak cerai iols #teamelliekepam
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2022 09:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Lelaki mane bole hidup klu xde pompuan
Sape yg nk manjaga mkn minum dia nt...basuh baju, masak...kering poket klu hari2 mkn kt kedai
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-6-2022 09:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Big warm hug for acik Ellie
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2022 10:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Persatuan duda-duda tanahair patut buat mesyuarat tergempar malam ini
Soeb
Nanas
Nazimah
Shidi sahak

Perlu lebih tangkas yach!
Kalah teruk ni
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2022 10:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Bewak terlajak laris...
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2022 10:06 PM | Show all posts
Tahniah pakcik azri..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 07:43 AM GMT+8 , Processed in 0.091892 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list