Sumber IG
Aktres Bollywood, Kangana Ranaut terkenal dengan imej bersuara lantang meluahkan pandangannya menerusi media sosial. Pelakon itu tidak teragak-agak untuk berkongsi pendapatnya walaupun perkara itu mungkin menimbulkan kontroversi.
Semalam, Kangana memberikan maklum balas terahdap kontroversi membabitkan jurucakap parti BJP, Nupur Sharma yang dalam ucapannya didakwa membuat satu kenyataan menghina Nabi Muhammad.
Kangana menerusi IG Story berkata, Nupur berhak memberikan pendapat serta mereka yang menentang kenyataan jurucakap itu membuat bantahan menerusi mahkamah dan bukannya mengancam keselamatannya.
"Nupur mempunyai hak untuk menyatakan pendapatnya. Saya melihat dia menerima ancaman dalam pelbagai bentuk. Apabila Tuhan Hindu yang setiap hari dihina, kami pergi ke mahkamah. Sila lakukan itu.
"Ini bukan Afghanistan. Kita mempunyai kerajaan yang berfungsi dengan baik, dipilih menerusi proses yang dipanggil demokrasi... Ini adalah ingatan buat mereka yang mungkin sudah lupa," tulisnya.
Memetik laporan Times Now, kenyataan pelakon itu dibuat selepas beberapa jam polis Delhi memberikan perlindungan kepada Nupur setelah mendakwa dia dan keluarganya menerima ugutan dan diganggu disebabkan kontroversi tersebut.
Nupur Sharma (Sumber BBC)
Kangana terkenal dengan sikapnya yang kerap menyuarakan pendapat mengenai topik kebangsaan. Beberapa bulan lalu, wanita itu pernah menulis kenyataan mengenai isu panas membabitkan hijab.
Untuk isu sensitif pada kali ini pun, aktres berkenaan tidak melepaskan peluang untuk turut sama menyuarakan pendapatnya mengenai perkara tersebut. -CARI
|