CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 663|Reply: 3

'Terima Kasih PM, Bagi Rumah Baru'

[Copy link]
Post time 8-6-2022 03:41 PM | Show all posts |Read mode
"Terima kasih Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob atas keprihatinan, rumah yang dapat ini cukup selesa, lengkap dengan alat kelengkapan rumah seperti orang yang sudah berkeluarga," luah bekas anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Mohd Redzuan Abdullah, 60, yang kisahnya tinggal di dalam kereta sejak 20 tahun lalu mendapat perhatian pemimpin nombor satu negara itu, baru-baru ini.


Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Selasa selepas menerima kunjungan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Dr Shahidan Kassim yang menyerahkan surat tawaran penyewaan sebuah unit Perumahan Awam Seri Johor 4C, Cheras.




Mohd Redzuan Abdullah tinggal selama 20 tahun di dalam kereta di belakang sebuah kedai serbaneka di Taman Sungai Besi. - Foto BERNAMA





Mohd Redzuan atau mesra dipanggil Pak Wan berkata beliau tidak ingin menyalahkan sesiapa mengenai nasibnya yang terpaksa hidup dalam serba kekurangan dengan menjadikan sebuah kereta di belakang bangunan kedai serbaneka di Taman Sungai Besi, di sini, sebagai kediaman dan sentiasa bersangka baik dengan apa yang telah berlaku.


"Kalau kita bersangka baik, Tuhan akan beri yang baik...disebabkan duduk seperti ini tidak buat masalah, tolong jaga kebersihan tempat ini dan tidak mengharapkan bantuan, hari ini dapat rumah yang selesa," katanya.


Sementara itu, Shahidan berkata Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan membantu proses pemindahan veteran ATM itu secepat mungkin dan beliau tidak perlu membayar sewa bulanan rumah selama setahun.


"Begitu juga dengan tambahan peralatan rumah untuk beliau (Mohd Redzuan), ini semua akan diuruskan dengan sebaiknya. Insya-Allah akan ada kawan-kawan kita yang dermawan akan membantunya," katanya.


Mohd Redzuan yang berkhidmat selama 17 tahun dalam ATM menyara kehidupannya dengan membaiki kenderaan di kawasan sekitar Sungai Besi dan kereta Volvo yang menjadi 'kediamannya' selama 20 tahun itu diberikan pelanggannya.


Pada 28 Mei lepas, Ismail Sabri yang diwakili Setiausaha Politiknya Datuk Syed Mohd Fazmi Sayid Mohammad melawat Mohd Redzuan dan mahu pesara itu diberikan sebuah rumah transit dalam masa terdekat dengan kerjasama Kementerian Wilayah Persekutuan.




Sumber: BERNAMA
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-6-2022 05:02 PM | Show all posts
Syukur terbela juga nasibnya
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2022 05:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak layak bawah Baitulmal ke?
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2022 08:52 AM | Show all posts
xy_daen replied at 8-6-2022 05:19 PM
Tak layak bawah Baitulmal ke?

sebab dia ada duit pencen ATM kot...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 07:47 AM GMT+8 , Processed in 0.667649 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list