CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2735|Reply: 24

Pakej Bajet Konon, Batal Tempahan Katering Saat Akhir - Perancang Perkahwinan Dah Kena Cekup!

[Copy link]
Post time 8-6-2022 02:35 PM | Show all posts |Read mode
Johor Bahru: Perancang perkahwinan yang memperdaya beberapa pengantin di Johor dengan pakej perkahwinan bajet, namun gagal menyediakan perkhidmatan termasuk katering pada saat akhir, ditahan polis, semalam.


Ketua Polis Johor Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, wanita berusia 50 tahun itu ditahan di bandar raya ini dan disiasat susulan 10 laporan yang diterima sehingga 8 Jun lalu.


Katanya, kerugian dialami mangsa mencecah RM60,000, dengan mangsa hanya menyedari ditipu apabila tidak menerima makanan atau menerima makanan kurang daripada ditempah mahupun sudah basi.




Foto: Harian Metro




"Siasatan awal mendapati mangsa tertarik dengan pakej bajet atau murah ditawarkan oleh perancang perkahwinan atas nama Kekasih Hati Katering atau akaun peribadi di facebook (fb) Emir Mimi.


"akej ditawarkan serendah RM8 bagi setiap jemputan, berbanding harga biasa antara RM10 hingga RM12.


"Semua transaksi bayaran dilakukan dalam talian dan semua kes berlaku antara Mei hingga awal Jun, malah kita yakin akan menerima beberapa laporan polis lagi serta menggesa mangsa untuk tampil membuat laporan.


"Kami menasihati orang ramai supaya tidak mudah terpedaya dengan pakej perkahwinan yang murah dan tidak masuk akal serta fikir dua kali sebelum membuat pembayaran," katanya pada sidang media di sini, hari ini.


Kamarul Zaman berkata, pihaknya akan memohon untuk perintah reman suspek hari ini bagi siasatan Seksyen 420 Kanun Keseksaan.


Katanya, antara kes dikaitkan suspek diterima pada 5 Jun lalu apabila mangsa membayar deposit RM1,000 pada 18 Mei dan baki bayaran RM3,400 pada 27 Mei, namun menerima makanan tidak mencukupi serta basi (pada 4 Jun).


"erancang perkahwinan berjanji untuk menghantar makanan kali kedua di majlis perkahwinan itu yang diadakan di sini, namun gagal berbuat demikian," katanya.


Sebelum ini Harian Metro melaporkan luahan pasangan pengantin di Taman Putri, Kulai yang majlisnya terganggu disebabkan pihak katering gagal menyiapkan makanan.


Lebih malang apabila perkara itu dimaklumkan pada 7 pagi hari kenduri, memaksa keluarganya bergotong-royong memasak saat akhir. -CARI


Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-6-2022 02:37 PM From the mobile phone | Show all posts
xde 1 sistem yg boleh dirujuk ke???
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2022 03:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Kepada yang belum kawin tu baiklah jadi wedding planner untuk diri sendiri kalau tak nak kena tipu. Siasat betul-betul wedding planner tu. Atau buat majlis ringkas saja.
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2022 03:37 PM | Show all posts
ni laa paling takot skli. kesian org nk buat majlis oiiii
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2022 04:20 PM | Show all posts
lain kali amik la package yang masuk akal..
dengan harga barang tak ada yang turun, kau expect apa rm8 satu kepala..
kalau lauk nasik campur pun dapat ayam seketul je kot harga tu..
inikan pulak lauk kenduri ada ayam daging dalca buah papadom air bagai..
sah sah la tak munasabah rm8 satu kepala..
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2022 04:22 PM | Show all posts
kena ambik dgn katering yg kita dh pernah ada keluarga/kawan2 yg ambik sblm ni. sb risiko tu lbh rendah nk banding dgn ambik entah dari sapa2...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-6-2022 04:24 PM | Show all posts
Baguslah dah kena cekup.  Buat yang lain elok jadikan pengajaran cari tahu dulu pasal benar tidaknya pakej yang ditawarkan.  Jangan asal murah je dah tak fikir panjang terus sambar.
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2022 05:40 PM From the mobile phone | Show all posts
xdenya yg murah zmn sekrg ni
nk murah msk sendiri
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-6-2022 05:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Mula2 baca Kekasih Hati Kering....rupanya Katering
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2022 05:51 PM From the mobile phone | Show all posts
kenduri baru ni tgk pakej menu dia per head rm15, ada lg ke rm8 per head, lauk nasi telur goreng ke

beragaklah kalau menempah pakej kawin ni, sama juga dgn pakej pelamin ke apa kalau murah sangat tu, baik siasat dulu
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2022 06:26 PM | Show all posts
Nak buat apa2 melibatkan duit yg banyak ni, jangan la main percaya transfer online je. Pegi jugak ke physical store dia, tanya orang keliling dulu. Lagi satu, kalau rajin tak payah ambik pakej all in ni. Sebab dia pun sub ke orang jugak. Majlis sendiri kan, carilah satu2 supayah kita boleh liase sendiri dgn supplier. Harapkan orang sangat, macam ni la jadinya.
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2022 06:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Buat biskut letak ragi
Orang kedekut akhirnya rugi

Dari muar pergi ke rengit
Berhenti makan dipekan paloh
Sibuk mengira untung seringgit
Akhirnya rugi berpuloh-puloh
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2022 07:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Khwin scara kecil kecilan dh cukup, xyah nak bsar bsaran.
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2022 08:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Rindu la kenduri kawin sebelum wujudnya katering ni.  Semua buat sendiri, cari tukang masak, sewa khemah, tempah kendarat, tempah kek… pi beli barang2 door gift. Meriah la… rindu zaman itu
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2022 08:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Tengok rege pom x logik dah..
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2022 09:02 PM From the mobile phone | Show all posts
prettyuglybabe replied at 8-6-2022 04:20 PM
lain kali amik la package yang masuk akal..
dengan harga barang tak ada yang turun, kau expect apa r ...

Patut dah tau duit tak berapa banyak jangan la jemput ramai². Murah sgt harga rm8 tue.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-6-2022 09:16 PM From the mobile phone | Show all posts
nazurah replied at 8-6-2022 08:05 PM
Rindu la kenduri kawin sebelum wujudnya katering ni.  Semua buat sendiri, cari tukang masak, sewa kh ...

Ya memang terasa2 lagi meriahnya kenduri kawen 7.7.07, masak ramai-ramai. 3 hari sebelum majlis rumah dah meriah dikunjungi jiran, saudara mara dtg membantu kupas bawang, cuci pinggan. Khemah pun pasang 3 hari sebelum majlis. Malam2 datang sembang2 utk persiapan hari kenduri.
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2022 09:23 PM | Show all posts
prettyuglybabe replied at 8-6-2022 08:20 AM
lain kali amik la package yang masuk akal..
dengan harga barang tak ada yang turun, kau expect apa r ...

kalau bab katering pun pengantin dah failed
esok lusa dah beranak pinak jangan la failed jugak.
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2022 09:24 PM | Show all posts
epal_putih replied at 8-6-2022 12:07 PM
Tengok rege pom x logik dah..

agaknya kalau pengantin tu tgk tambang bas sekolah
macam mana ka gamaknya.
i rasa dia kahwin tu bajet kahwin tu je
apa berlaku masa hadapan...pandai2 lah
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2022 09:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Akak kahwin tahun 2016 pon pakej dah RM15 per head inikan pulak tahun 2022 offer RM8. Dekat Johor pulak tu.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 06:14 AM GMT+8 , Processed in 0.118013 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list