Polis Sudan Selatan menangkap seekor lembu kerana membunuh seorang budak lelaki berusia 12 tahun, lapor akhbar Daily Star kelmarin.
Lembu jantan itu ditahan bersama pemiliknya selepas haiwan terbabit dituduh menyerang mangsa di sebuah ladang di negeri Lakes.
Laporan menyatakan bahawa serangan lembu tersebut mengakibatkan mangsa mati di tempat kejadian.
 Gambar hiasan/Getty Images
Jurucakap polis Sudan Selatan, Mejar Elijah Mabor berkata, ‘suspek’ kini dalam tahanan polis.
“Lembu itu ditahan di balai polis Daerah Pusat Rumbek.
“Bedah siasat dilakukan sebelum mayat mangsa dihantar ke rumah keluarganya untuk tujuan pengebumian,” ujarnya.
Kejadian itu bukan kes pertama melibatkan penahanan haiwan di Sudan Selatan. Bulan lalu, seekor kambing jantan ditangkap atas tuduhan membunuh seorang wanita berusia 45 tahun dalam satu serangan ganas.
Pada minggu lalu, kambing tersebut dijatuhi hukuman penjara tiga tahun dan kerja berat selepas didapati bersalah.
Sumber: Kosmo |