View: 1829|Reply: 18
|
Pendakwah Tarik Balik Kenyataan 'Roh Pindah Dari Jasad Ke Jasad'
[Copy link]
|
|
Pendakwah bebas Syeikh Muhd Zainul Asri Mohd Ramli meminta maaf atas kenyataannya pada satu ceramah, menyentuh perpindahan roh manusia yang meninggal dunia dari jasad ke jasad.
Katanya, dia menarik balik kenyataan tersebut yang telah menimbulkan keresahan umat Islam.
 FB Zainul
"Sebenarnya bukan kenyataan saya, saya 'naqal' (ambil) daripada guru saya," katanya pada hantaran video di Facebooknya.
Jelasnya lagi, gurunya yang memaklumkan perkara tersebut telahpun meninggal dunia.
Dalam satu rakaman video pendek yang mencetuskan maklum balas netizen itu, Muhd Zainal berkata, gurunya pernah menyebut "sebagai contoh sahaja" bahawa Allah SWT mencipta roh yang boleh berpindah-pindah.
Susulan video itu tular, Mufti Pulau Pinang, Dr Wan Salim Wan Mohd Noor (gambar, atas) tampil pada 5 Jun lalu menggesa pihak berkuasa agama mengambil tindakan "mencegah kepercayaan kepada reinkarnasi."
Wan Salim berkata berdasarkan perspektif Ahli Sunnah Wal Jamaah, inkarnasi adalah satu akidah yang palsu dan menyeleweng daripada landasan agama Islam yang sebenar, kerana bertentangan dengan nas-nas al-Quran dan Sunnah Nabawiyah.
Malah, jelasnya menurut ajaran Islam roh tidak berpindah dari satu jadad ke jasad yang lain kerana roh seseorang adalah khusus untuk dirinya sahaja dan tidak dikongsi oleh sesiapapun selepas kematiannya, tiada dalil yang menyokong akidah yang palsu ini.
“Umat Islam diingatkan bahawa kepercayaan kepada perkara-perkara ghaib atau metafizika mestilah bersandar kepada dalil yang sahih, sedangkan kepercayaan kepada penjelmaan roh ini tiada dalil sama sekali sama ada daripada ayat al-Quran mahupun sunnah yang sahih,” katanya.
Dalam perkembangan berkaitan, Muhd Zainul pula berkata dia menerima hujah yang dikemukan kepadanya selepas rakaman video itu tular, tetapi menegur komen yang berbentuk cercaan dan penghinaan semata-mata.
"Cumanya saya nak betulkan orang yang komen tu. Itu yang saya nak betulkan. Komen tu tak sesuai sebagai seorang muslim yang akhlaknya dengan (meneladani) Rasullullah SAW.
"Tak sesuai, menghina orang, memaki orang, mencerca orang. Itu tak sesuai dengan akhlak kita orang Islam.
"Tapi yang bagi hujah tu, saya terima. Insyaallah dari saya sebagai seorang bukan ilmuan tapi orang yang suka mengajar, jadi saya minta maaf di atas kenyataan yang begitu," katanya lagi.
Sumber: MalaysiaKini |
|
|
|
|
|
|
|
Selalu kwn kwn FB share video ceramah ustaz ni ... aii tak pernah tgk pun sebab BORINGGG! aii tgk ustaz lain |
|
|
|
|
|
|
|
Saya tarik balik kenyataan saya.
Semudah ABC.
|
|
|
|
|
|
|
|
At least ostad ni sedor kesilapan dia. (walopun ini bukan kali pertama)
Kalau ostad Kazeem?... mimpi la. |
|
|
|
|
|
|
|
airfilterkotor replied at 8-6-2022 04:20 AM
Saya tarik balik kenyataan saya.
Semudah ABC.
Pengikut dia masih pertahankan benda tu betul. Maqam kita tak sama dgn ulamak. Kita org awam tak faham apa ulamak nak sampaikan, kata mereka.. |
|
|
|
|
|
|
|
Senang aje dia ckp tok guru dia yg ckp. Nak berlepas diri. Dah meninggal pun kena petik nama . Ye la takkan org nak siasat tok guru dia kan betul ke kenyataan tu.
Org marah org maki kemain dia tegur Salah. Buat kenyataan mengelirukan,takpe pulak.
|
|
|
|
|
|
|
|
bile semua mengaku lebih pandai, semua benda jd tak betul. |
|
|
|
|
|
|
|
korang ingat charles xavier sorang jer ker boleh "salin kulit",
pindah dari badan ke badan 
|
|
|
|
|
|
|
|
Aku belajar agama dari arus persana je lah |
|
|
|
|
|
|
|
In future tak perlu dok ulang benda terpesong & memesongkan orang ni. Dah sekarang senang je share kat medsos, rupanya palsu. Satu hal lagi nak betulkan. |
|
|
|
|
|
|
|
hurmmm ye ulamak pon buat silap. tp tak sepatutnya laa jadi benda mcm ni. utk org yg jahil mcm kita mmg senang2 je percaya. |
|
|
|
|
|
|
|
Ustaz ni macam ayah pin je dengan tongkat warna warni dan cincin besar dia. Cakap pulak benda pesongkan akidah. Dah salah, senang2 je salahkan guru dia yang dah meninggal. Akhir zaman ni banyak pendakwah2 yang pelik2 dan suka pecah belahkan ummah. |
|
|
|
|
|
|
|
Sekurang2nya Ustaz mengaku kesalahannya. |
|
|
|
|
|
|
|
Sebab tu zaman sekarang jangan mudah terima je bulat2 apa yang disampaikan takut ada yang salah jadi semua ikut tersalah. Lebih elok buat kaji benar tidaknya dulu rujuk pada 2-3 pendapat yang lain. Zaman sekarang ramai cepat sangat jadi taksub sebab tak tahu dan tak faham mendalam. |
|
|
|
|
|
|
|
Ada Mende bleh Cite kat public ..ada tokleh ..takut jadi fitnah
Ni syiokkk konon nk tunjuk kehebatan Islam SME depa Cite..pastu apology..dah tu ilmu tu terusan sebar sapa nk tanggung?
Nabi lagi tahu bnyk yg umat Tatau tp dia sampaikan yg di perintahkan je
Ni Fatihah pun terabur dah gahhhh jadi syuhada..bodoh btuii
Spurnakan wudu tu duluuuuu..solat awal waktuuu..baca btui Ngan tajwid..istiqomah Gini dah ok
Allah SWT suke amal hambaNya yg sedikit tp berkekalan or consistent!!
|
|
|
|
|
|
|
|
guru uztad ni mengelupur tak dalam kubur? ajar ajaran sesat kat murid? |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Ladyfreecare at 8-6-2022 04:07 PM
Bagi iols konsep renkarnasi lebih lojik dan rasional. Iols lebih percaya konsep ni ada cuma tak disebarkan secara umum atas sebab tertentu. Mungkin macam ustad ni kena kecam oleh segenap lapisan masyarakat tanpa selidik dulu. Macam biasalah perangai melayu. |
|
|
|
|
|
|
|
nak pindah roh boleh belajar dengan Ino Yamanaka |
|
|
|
|
|
|
| |
|