View: 2155|Reply: 11
|
'Lidah Keras Macam Ditarik Dari Dalam' - Ieda Moin Terpaksa Terima Ada Penyakit...
[Copy link]
|
|
Pelawak dan pelakon Ieda Moin telah dimasukkan ke wad akibat tekanan darah tinggi pada Jumaat lalu.
Ketika dihubungi Gempak, Ieda memberitahu sehari sebelum dimasukkan wad, badannya mulai tidak selesa dan kebas di beberapa anggota tubuh lain.
Add Image Caption Here
“Hari khamis malam tu saya rasa macam tak selesa dan kebas dekat tangan, muka dan bibir. Bila saya nak gerak je terus rasa kebas.
“Dalam pukul 2 pagi saya nak tidur lepastu susah nak telan air liur. Lidah ni macam keras seperti ditarik dari dalam sampai ganggu pernafasan saya.
“Perasaan berdebar secara tiba-tiba datang dan buat saya makin tak selesa” ujarnya.
Perkara tersebut dikongsi sendiri oleh Ieda Moin atau nama aslinya Siti Haida Abdul Moin, 43 menerusi satu gambar yang dimuat naik di medium instagram miliknya baru-baru ini.
Ieda kemudiannya nekad untuk merujuk kepada pegawai perubatan untuk memeriksa keadaannya lebih terperinci.
“Bila sampai tu terus ke bahagian kecemasan. Kemudian jururawat ambil bacaan darah. Saya terkejut bila bacaan darah saya mencecah 196.
“Jururawat situ terus suruh saya naik kerusi roda dan bawa ke bahagian ‘red zone’ untuk di masukkan ubat.
“Lepas masuk ubat, bacaan darah saya masih tak menurun sampai doktor pakar datang periksa saya lagi dan beritahu yang saya ada penyakit darah tinggi.
“Masa tu saya terkejut sangat dan cuba menidakkan perkara tu, sebab saya amalkan gaya hidup sihat dan jaga pemakanan saya, tapi saya terpaksa terima yang saya ada penyakit tu sebab doktor lebih mengetahui.
“Doktor bagitahu juga mungkin ada faktor lain yang saya terlepas pandang sampai saya kena darah tinggi," tambahnya.
Ieda dinasihati untuk berehat di wad untuk tempoh beberapa hari lagi untuk memantau keadaan sehingga sihat dan stabil.
Dalam pada itu Ieda turut menzahirkan perasaan gembira dan terharu apabila ada dikalangan rakan-rakan artis turut hadir menziarahinya di hospital.
Sumber: Gempak
|
|
|
|
|
|
|
|
Wpon xpemes n sendu tp ramai kawan2 dlm bidang seni
Unlike jah
Forever n ever alone |
|
|
|
|
|
|
|
Mild stroke lettewwww
Scary tau tetibe sakit cemni |
|
|
|
|
|
|
|
suka je dia berlakon..semoga ieda cepat sembuh.. |
|
|
|
|
|
|
|
Pergi spital swasta . Selesma pun kena masuk wad..janji ada medical card. |
|
|
|
|
|
|
|
Mudah2an, semakin sembuh. |
|
|
|
|
|
|
|
GWS kaka ieda moin.. dia ni kalau melatah non stop ok, kadang kesian tgk org dok bahan dia. alhamdulillah ramai dtg melawat. |
|
|
|
|
|
|
|
Sah sah kau kena stroke sis. Entah2 blood cholesterol engkau rapat ke siling |
|
|
|
|
|
|
|
Cikda ni berlakon dengan Noorkhiriah cerita Madu, menjadi betul. Moga cepat sembuh. |
|
|
|
|
|
|
|
Naseb dia tak claim kena sihir skg musim retis kena sihir |
|
|
|
|
|
|
| |
|