CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2444|Reply: 13

‘Dikenenkan’, lokasi filem temukan Fify Azmi dengan calon suami

[Copy link]
Post time 7-6-2022 10:51 PM | Show all posts |Read mode

FYFY AZMI sudah pun dirisik keluarga Nafiez Zaidi Sabtu lalu.

‘Dikenenkan’, lokasi filem temukan Fify Azmi dengan calon suami

PETALING JAYA – Pelakon Fify Azmi tidak menyangka usikan rakan artis yang ‘menjodohkannya’ dengan teman gandingan dalam filem Ada Hantu 2, Nafiez Zaidi bakal  menjadi realiti.

Bermula dengan usik-mengusik di lokasi penggambaran sekitar Disember tahun lalu, hubungan percintaan Fify dan Nafiez kini menghampir fasa perkahwinan apabila selesai acara merisik Sabtu lalu.

Kata Fify, kebaikan serta sikap ambil berat Nafiez mendekatkan mereka sehingga persahabatan yang tercetus di set penggambaran beralih ke fasa berkasih hanya dalam tempoh sebulan sebelum mengambil keputusan untuk lebih serius merencana masa depan berdua.

“Masa awal penggambaran filem Ada Hantu 2 itu saya cuma kenal Adrian Teh, Hairul Azreen dan Zahiril Adzim. Waktu itu mereka yang ligat ‘kenen-kenenkan’ (padankan) kami berdua. Selepas diusik kami mula rapat dan dalam tempoh sekejap saja hubungan terus serasi.


FIFY dan Nafiez bertemu cinta di lokasi penggambaran filem Ada Hantu 2.

“Dia seorang yang tidak berpura-pura dan saya yakin mampu membimbing saya kerana saya nampak Nafiez serius menjaga perhubungan kami selain mengajak saya berjumpa orang tuanya ketika saya menjalani penggambaran di Perlis beberapa bulan lalu sebagai tanda serius terhadap perhubungan kami.

“Acara merisik di kediaman orang tua saya di Subang Jaya Sabtu lalu sebenarnya lebih kepada sesi berkenalan antara kedua-dua keluarga kami. Kalau boleh Nafiez mahu terus melangsungkan perkara wajib iaitu nikah tetapi sebelum itu biarlah ibu bapa kami berkenalan dulu.

“Alhamdulillah, urusan merisik sudah disempurnakan. Kini kami dalam persediaan ke arah pernikahan yang kami harap dapat dipercepatkan. Kebetulan rezeki tawaran berlakon pula datang berturut-turut, jadi sambil ligat di lokasi penggambaran kami sama-sama buat persiapan dibantu keluarga,” katanya kepada Kosmo! Online.

Terdahulu, Nafiez atau nama sebenarnya, Abdul Nafis Abduzaidi berkongsi mengenai acara merisik itu menerusi Instragram Storynya dengan memaparkan gambar berempat bersama emak masing-masing.

Aktor yang menyerlah dalam drama Bunga Hati membawakan watak orang kelainan upaya (OKU) itu menyerahkan seutas gelang tangan dan rantai sebagai simbolik ikatan hubungannya dengan pemilik nama lengkap Nur Afiqah Mohamed Azmi, 32.

Nafiez memaklumkan mahu mengadakan pernikahan mereka diadakan tahun ini. Sementara itu, Fify yang kini sibuk di set penggambaran sebuah filem aksi untuk tayangan saluran penstriman mengakui tidak pernah terfikir untuk menjalin ikatan cinta dengan sesama rakan dalam industri kerana mahu menumpukan perhatian terhadap kerja.


FIFY dan Nafiez bergambar dengan ibu masing-masing selepas acara merisik Sabtu lalu.


Katanya, perkenalan dengan Nafiez hakikatnya memperlihatkan sesuatu yang positif kepadanya apabila mereka boleh bertukar pendapat dalam pelbagai perkara teruma mengenai kerjaya selain lebih serasi memandangkan masing-masing memahami situasi dan kesibukan di lokasi.

“Kebiasaannya selepas habis bekerja (penggambaran) saya akan terus balik. Di set memang ramai kawan malah ada juga beberapa pelakon lain yang boleh dikatakan agak rapat tetapi saya lebih kerap keluar dengan kawan-kawan bukan dalam industri seni.

“Apabila rapat dengan Nafiez, banyak topik kami kongsikan bersama. Sebenarnya bagus juga dijodohkan dengan pasangan sama bidang. Masing-masing mudah faham. Macam sekarang, kami sama-sama sibuk untuk siapkan banyak perkara menjelang perkahwinan.

“Apa pun, tarikhnya akan dikongsikan nanti memandangkan banyak perkara perlu diuruskan dengan teliti termasuk menyudahkan kerja penggambaran. Sama macam Nafiez, saya pun kalau boleh mengharapkan majlis kami dapat dipercepatkan,” tambahnya. – KOSMO! ONLINE

Sumber:https://www.kosmo.com.my/2022/06 ... dengan-calon-suami/

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-6-2022 11:31 PM | Show all posts
tahniah. semoga berkekalan jodohnya
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2022 11:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku tgk critew ni.... Xjadi sgt die budak cacat... Hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2022 11:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Ni yg rambut pendek selalu scandal laki org tu kan..
Ke kembar dia..
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2022 12:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Comel fify. Nampak muda je
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2022 12:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Laku pulak jejanz peghelih na
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-6-2022 10:05 AM | Show all posts
gambar nafiez yang masa merisik tu lain jer dengan gambar 1st.. aku ingat lelaki lain.. sbb nampak kurus hehehehe..
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2022 10:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Tahniah, semoga urusan menuju alam perkahwinan dipermudahkan oleh Allah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-6-2022 03:48 PM From the mobile phone | Show all posts
confuse dia ni ngn yg dah lama menyepi tu, ke org yg sama..
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2022 04:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by 3chanceno at 9-6-2022 04:34 PM

Tahniah pada pasangan ini yg terbuka nak share berita nie.

Jodoh itu rahsia...ada yang kenal bertahun pun tak ada apa ikatan lagik..ada pula baru kenal 12 hari, dah nak bertunang & nikah  tiberrrrr.....

Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2022 04:53 PM From the mobile phone | Show all posts
imanjannah replied at 9-6-2022 03:48 PM
confuse dia ni ngn yg dah lama menyepi tu, ke org yg sama..

Confused dengan yang mana satu? Fify ke Nafiez?
Dulu selalu ingat Nafiez ni adik Buzen Hashim. Muka theyoll dekat2 sama.
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2022 04:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Entah la. Rugi la lawa mcm fify ni dpt laki mcm ni. Berlakon x femes, rupa xde, sah bkn ank orka.
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2022 05:56 PM | Show all posts
wahhh, tahniahh
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2022 07:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Tahniah tapi as puang tak yah la sakan bercerita. Alang kan achik Ellie nikah 19 tahun pun terpisah jua. Btw iols bukan la mendoakan yg tak baik tp sebagai gadis adab kena ada, dah dua2 pun anak seni biaqla laki yg berckp.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 02:30 PM GMT+8 , Processed in 0.083626 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list