CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2184|Reply: 24

Jujurnya Norhafiza, Pulangkan Duit Pelancong Tercicir RM34 Ribu

[Copy link]
Post time 7-6-2022 06:08 PM | Show all posts |Read mode
Langkawi: "Saya gembira dapat kembalikan wang lebih RM34,000 kepada pemilik asal," kata Norhafiza Ahmad, 27, yang juga pekerja promosi bagi perkhidmatan kereta kabel SkyCab di Oriental Village di sini.


Norhafiza berkata, dalam kejadian 31 Mei lalu, dia sedang bekerja sebelum secara tidak sengaja menemui beg mengandungi pelbagai mata wang milik pelancong dari Sudan di kerusi menunggu berhampiran kaunter tiket di pusat pelancongan terkenal itu.




Foto: Panorama Langkawi




"Mulanya, saya nampak pelancong itu bersama isteri dan tiga anaknya datang ke kaunter tiket sambil pegang beg dan tidak lama kemudian mereka duduk berehat di kerusi menunggu berhampiran.


"Selang beberapa minit saya lihat mereka tidak ada lagi di kerusi, namun ternampak beg yang dipegang salah seorang pelancong masih berada di situ, jadi saya yakin dia tertinggal beg berkenaan," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.


Norhafiza berkata, dia kemudian terus mengambil beg berkenaan sebelum menyerahkannya kepada pihak pengurusan untuk tindakan lanjut termasuk bagi mengesan semula pelancong berkenaan.


Katanya, dia difahamkan terdapat pelbagai mata wang seperti Euro, Riyal Arab Saudi, Lira Turki serta Ringgit Malaysia di dalam beg berkenaan.


"Kejadian pelancong tertinggal barang atau tercicir wang bukan perkara baharu kerana kami sebagai kakitangan SkyCab ada juga menemuinya sebelum ini dan menyerahkannya kepada pihak pengurusan.


"Cuma kejadian kali ini agak mengejutkan kerana jumlahnya banyak, namun saya gembira dan syukur wang berkenaan dapat dipulangkan kepada pemilik asalnya," katanya.


Sementara itu, kejujuran ditunjukkan Norhafiza mendapat penghargaan majikannya, Panorama Langkawi Sdn Bhd (Panorama Langkawi) yang juga anak syarikat Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA).


Berikutan itu, Norhafiza yang bekerja di Panorama Langkawi sejak lapan tahun lalu, menerima sijil penghargaan yang disampaikan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Nasruddin Abdul Muttalib.


Nasruddin berkata, pihaknya berbangga dengan nilai murni ditunjukkan Norhafiza dan dia layak menerima penghargaan berkenaan.


"Sikap itu boleh mengharumkan nama Langkawi SkyCab, sekali gus menjadikan pulau peranginan ini sebagai destinasi pelancongan selamat dan mesra pengunjung," katanya.-CARI


Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-6-2022 06:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Pak sudan tu tak bg saguhati ke.....

Mesti dia balik sudan kata org msia bebaik....tak mcm trisna friska.....

Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2022 06:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalu tempat tu ada cctv susah jgk nak ambik, lagi bijak pulangkan saje. Dah benda pun bkn hak kita..
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2022 06:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Banyaknye cash dia usung. Meragukan pulak.
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2022 06:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Bagus pekerja ni...semoga mentaliti org Langkawi mcm ni..
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2022 06:28 PM | Show all posts
kwn tu dpt sijil ja ka??? dah lh keje lama.....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-6-2022 06:34 PM | Show all posts
Bagi la bonus ke.. takat sijil boleh bikin sendiri
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2022 06:37 PM | Show all posts
terima kasih cik norhafiza kerana menunjukkan contoh yg baik
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-6-2022 06:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Kayanya pak sudan ni...
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2022 08:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Patutnya tokey bagi surat penghargaan berserta saguhati berupa wang..sijil bukan boleh beli beras.
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2022 09:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Semoga bertambah murah rezeki Norhafiza dan diberikan kesihatan yang baik selalu... Aaamiin
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2022 08:04 AM From the mobile phone | Show all posts
imransulaiman: Semoga bertambah murah rezeki  ...


Amin ya mujib

Kaka doakan sis jujur ni dimewahkan rezeki dia dpt kerja lagi bagus gaji lg byk..

Klu org nk tipu blh je pakat2 share duit tu delete CCTV bgtau xfunction
Tp Allah merezekikan lg duit tu pulang ke pemilik asal tentu2 sbb rezeki tu rezeki yang berkat..

Kaka pun pernah terkena brg hilang rumah kena pecah tp duit ribu riban masih selamat

Pernah jugak ter jumpa brg org n pulangkan..

Dan pernah jugak barang Dan duit xhilang tp dicuri org..
Alhmdlh ala kulli hal...
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2022 08:23 AM | Show all posts
kalau dia amik pun boleh ke tido lena
cctv tu ada dimana2 sebenarnya

yg org tu pun dah kenapa usung cash ke sana ke sini
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2022 08:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau tok arab tu tak bagi token pun mmg tak heran. Tok arab ni knowing mmg kedekut.
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2022 08:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Percayala rezeki dia akn lebih murah lepas ni dan kalau duit dia plak hilang dia akn dapat balik juga.
Jgn amik hak orang cuba letakkan kita kat tempat org tu pi bercuti bag tercicir mesti susah hati giler kan.
Kita permudahkan urusan org, Allah mudahkan urusan kita pula.
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2022 10:10 AM | Show all posts
Alhamdulillah,semoga murah rezeki budak fiza ni.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-6-2022 11:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Tak rambang kelabu mata berpinar tgk duit. Jujur dan ikhlas mengatasi segalanya. Alhamdulillah..
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2022 12:06 PM | Show all posts
Nasib si jujur yang jumpa kalau tak menangis le si Sudan
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2022 02:24 PM | Show all posts
baru last week balik dr langkawi jugak.
masa hsband abes check out, dia tnya mak iolss ada pakai cincin emas tak?
then baru mak iolss noticed cincin kt jari dia hilang. rupanya tertinggal dekat dlm hotel.
budak housekeeping tu laju turun hantar. alhamdulillah. masih ada orang baik dlm dunia ni kan.
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2022 02:28 PM From the mobile phone | Show all posts
lbh baik pulangkan wang tu pd owner... drpd anggap dpt rezeki ... sbb blm tentu hidup sng jika guna duit tu... silap ari bulan sentiasa jer ada masalah...
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 05:41 AM GMT+8 , Processed in 0.180156 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list