CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1409|Reply: 4

"Ingatkan Dia Dah Berubah" - Fify Azmi Putih Mata RM15,000 Disonglap PA

[Copy link]
Post time 7-6-2022 04:25 PM | Show all posts |Read mode
Putih mata Fify Azmi apabila duit sebanyak RM15,000 disonglap pembantu peribadinya.


Fify atau nama sebenarnya Nur Afiqah Mohammad Azmi, 32, mendedahkan wang itu adalah bayaran 50 peratus daripada jumlah keseluruhan filem Special Airforce Anarchy.




Kredit foto: IG




Katanya menerusi hantaran di Instagram Story, ia dimasukkan ke akaun wanita berkenaan tanpa pengetahuannya.

"Saya tidak boleh terima dengan perbuatan menipu yang dia lakukan. Dia secara senyap meminta pihak akaun Skop masukkan duit ke akaun bank miliknya tanpa pengetahuan saya.

"Kalau boleh saya tidak mahu perbesarkan hal ini sehingga buat laporan polis, tetapi jumlah tersebut agak besar dan saya mahu memberi peringatan kepada orang lain supaya lebih berhati-hati.

"Sebelum ini saya pernah diberitahu tentang sikap Nora, namun tidak ambil peduli kerana dia baik dengan saya dan anggap mungkin dia sudah berubah," katanya kepada mStar ketika dihubungi pada Selasa.









Kredit foto: IG




Fify yang melaporkan mengenai kejadian memaklumkan kes itu kini dalam siasatan polis.


Tambahnya, Skop Production juga berang ditipu, justeru mereka memberi kerjasama baik berhubung kes ini.


Bagaimanapun, Skop Production tidak dapat membuat pembayaran semula kepada Fify kerana pihaknya tiada peruntukan mencukupi.


Kredit foto: IG



"Mereka sama turun sekali membuat laporan berhubung kes ini. Mereka memberi kerjasama baik dan berharap kes ini tidak menjejaskan saya di lokasi penggambaran.

"Buat masa sekarang pihak polis masih dalam siasatan. Saya ada berhubung dengan Nora dan dia maklumkan tiada duit untuk membayar semula. Jadi semuanya saya serahkan kepada polis," ujarnya.


Siti Norawati, tunggulah nasib kamu!  - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-6-2022 04:28 PM | Show all posts
geramnyaaa... bukan byk pon 15k tu smpi ko nk gelap mata
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2022 04:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Mmg PA jenis songlap duit ke? Berubah?
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2022 04:50 PM | Show all posts
Dah tau kaki songlap lagi ko nak kasi can ke? Bingai.
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2022 11:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Nasib baik akak aku x join dia masa dia ajak supply talent utk 1 filem.. Dengar orang lain pon terkena gak dgn minah ni.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-9-2024 09:57 AM GMT+8 , Processed in 0.469339 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list