CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1986|Reply: 18

Dedah Lakaran Orang Sihir Datuk Kazim, Pawang Mohon Maaf

[Copy link]
Post time 7-6-2022 01:34 PM | Show all posts |Read mode


Baru-baru ini, media sosial kecoh apabila seorang lelaki dikenali sebagai Neo Pawang Diraja berkongsi lakaran wajah individu yang kononnya bertanggungjawab menghantar sihir kepada Datuk Ustaz Kazim Elias (DUKE).



DUKE kemudian tampil menerusi satu hantaran di Facebook memohon agar lelaki terbabit menghentikan perkara itu sekaligus memadamkan gambar berkenaan bagi mengelakkan timbulnya tanggapan mahupun tuduhan kepada sesiapa.



Susulan daripada itu, lelaki yang mengaku sebagai pawang menerusi sebuah hantaran video di TikTok memohon maaf atas tindakan berkenaan serta mendoakan agar DUKE sentiasa sihat dan diberikan kesembuhan.






"Saya menerima respon daripada DUKE di dalam Facebook memohon agar saya menghapuskan atau memadam sosok lakaran yang saya buat dalam video yang telah tular baru-baru ini. Dengan rela hati, saya telah pun menghapus dan memadam segala video tersebut baik di Facebook mahupun di akaun TikTok saya.



"Saya memohon seribu kemaafan daripada DUKE dan saya sangat menghormati... Apa-apa pun saya tetap mendoakan DUKE," katanya.



Individu itu menjelaskan, lukisan yang dibuat itu bukan disebabkan niat peribadi mahupun niat tertentu tetapi dilakukannya untuk memenuhi permintaan ramai yang menginginkannya membuat lakaran berkenaan.



"Kepada yang mengutuk, menghina, mencaci maki dan menghukum saya sesat dan kafir... Alhamdulillah, satu rahmat buat saya. Dan apa yang saya ingin maklumkan, saya tidak akan maafkan individu tersebut baik dunia mahupun akhirat," katanya. - CARI











Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-6-2022 01:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Siapa yg bg gelaran pada kau Pawang Diraja..yuckkkkkk
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2022 01:44 PM | Show all posts
Akhir zaman mmg sihir bermaharajalela. Hati2 semua...
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2022 02:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Pawang diraja? Dia jadi pawang raja negeri mana ni
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2022 02:24 PM | Show all posts
muka serupa mamat bawa myvi lunggah avanza tu je
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2022 02:25 PM | Show all posts
Hehehehe...ada lalu fyp meols haritu....pastu slide tgok profile pun ada joget2 gelek2 bontot macam Nyai Hantu KKN Desa Penari... terus meols dalam hati... pawang jenis2 nak fame ni...btw meols tak tahu legit ke tidak pawang joget ni...nampak macam gila content je sebab katanya dah 3-4 account heols kena banned, tapi tetap gigih buat acc baru...yihhh... btw, ustaz kazembo pun sempat melahar pawang ni ye...hihihihihi
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-6-2022 02:43 PM | Show all posts
self claim pawang

sape percaya neo ni memang bongok

Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2022 02:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Masing2 mencapub agar tiap2 minggu ada thread.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-6-2022 02:56 PM | Show all posts
pawang? apa function kauu.. dari sihirkan org baik laa sembuhkan org tu
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2022 02:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Tiktok ni mcm2 kan. Budak2 plk percaya bulat2
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2022 03:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Mana lah dia dapat inspirasi lukis kartun tu? Cer apply kerja dengan Lescopaque atau Animonsta. Takde lah dituduh sesat lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2022 03:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Jawa bangsat mana lak ni, taw2 ngaku pawang ?
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2022 09:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak habis2….
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2022 09:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalo dah bodow tak sekolah, ini le jadinye..
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2022 04:14 PM | Show all posts
selalukan pawang dah berusia, tengok mcm muda lagi orangnya.
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2022 04:14 PM | Show all posts
selalukan pawang dah berusia, tengok mcm muda lagi orangnya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-6-2022 04:17 PM | Show all posts
dlm masa kita duk maki pawang ni, kena ingat, dlm alquran ada menyebut "tidak aku jadikan jin dan manusia selain menyembah kpd ku..."

highly likely pawang ni dpt berkomunikasi dgn jin
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2022 04:23 PM | Show all posts
pawang2 ni kan selalu dah tua2. ni nampak mcm muda budak sekolah je.
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2022 05:26 PM | Show all posts
Pawang sekarang muda muda lah guna vellfire siap pemandu pun ada.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 09:14 PM GMT+8 , Processed in 0.206405 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list