CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1072|Reply: 7

Watak Cacat Pun Penonton Nak Pelakon Kacak, Yang Tak Kacak Tak Ada Siapa Nak Tengok

[Copy link]
Post time 7-6-2022 11:36 AM | Show all posts |Read mode
Pengarah sensasi tanah air, Michael Ang berpendapat, penonton adalah faktor utama pelakon yang mempunyai wajah yang elok menghiasi layar skrin.


Kata Michael, peluang bagi pelakon yang dikatakan ‘tiada rupa’ agak sukar mendapat watak utama kerana stesen TV lebih mengutamakan kemahuan penonton.


Foto: IG




“Penonton memang mahu lihat pelakon yang elok sahaja. Itu realitinya, tetapi bukan kata mereka yang tidak elok, tidak boleh menjadi pelakon langsung.


“Namun, peluang untuk mereka membawa watak utama, hero atau heroin itu agak sukar. Bagaimanapun, ada juga karya yang mereka ini boleh pertimbangkan untuk memegang watak utama.


“Melainkan jika ada banyak karya yang mempertengah watak orang yang sudah berumur, tidak cantik atau sebagainya,” katanya.




  



Katanya lagi, kebanyakan watak kurang upaya sekalipun dilakonkan pelakon yang mempunyai wajah yang elok kerana permintaan penonton juga.


“Realitinya juga watak cacat sekalipun penonton tetap nak melihat pelakon yang elok untuk melakonkan karakter tersebut kerana ia watak utama.


“Kita sebagai pengarah atau penerbit nak menjadikan ia sebagai realiti, tetapi kita tahu penonton yang tidak boleh terima.


“Kalau hero tidak kacak atau sebaliknya, mereka tidak akan menonton. Walaupun bakat yang ada besar,” ujarnya.




  



Pengarah naskhah popular Setelah Terlafaznya Akad ini bagaimanapun akui mempunyai hasrat untuk mengambil pelakon yang berbakat besar dan berkaliber berbanding mengukur ketampanan wajah.


Namun, sekali lagi dia akur akan kehendak sesebuah stesen televisyen yang mengutamakan permintaan penonton.




  



“Nak kata industri kita ini lebih pentingkan rupa berbanding bakat, ia tidak benar. Siapa tak nak yang ada bakat?


“Perkara ini sebenarnya tidak boleh salahkan sesiapa waima stesen TV. Ia kerana permintaan penonton.


“Bagi penerbit pula, mahu juga ambil pelakon yang bagus dan berkaliber. Tetapi kalau stesen sudah reject, tidak boleh buat apa juga. Selagi selera penonton kita tidak tukar, memang susah,” tuturnya lagi. -CARI


Sumber: Utusan Online
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-6-2022 12:19 PM | Show all posts
So skrg ni salah orang ramai la kan?
Kome mmg x salah
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2022 12:56 PM | Show all posts
sbb kita suka keh keindahe ini normal bagi manusia
siapa je yang suka keh kejelikang?

kita bukan bangsa mediterranean  eurasian
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2022 02:02 PM | Show all posts
dah skrip hangpa sumer pasai chenta chenta chenta... takkan nak tgk rupa buyuk hudus berchenta?
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2022 03:01 PM From the mobile phone | Show all posts
MA pun dah boleh stop ambik KA tu sebagai hero. Semakin kepam
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2022 03:06 PM | Show all posts
haritu tgk drama pe tah. pelakon baru jadi cacat.
lakonan hauk sialllll
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-6-2022 03:17 PM | Show all posts
buto la nyonya mabuk gigi mentos!!! padahal director ponen macam kau pun sama nak menyedap je tengok pelakon bbnu laki jambu macho kekar semua tu kan...semua modus operandi director jenis macam kau semua sama... hujung-hujung salahkan penonton yang terpaksa tengok drama kau tu sebab berlambak kat semua channel. Walhal pelakon gred A lain okey jer berbekalkan wajah biasa-biasa, wajah mewakili penonton harian pun, boleh je boom & siap repeat tengok kat youtube lagi.. kau je berangannnn nak cerita cinta2 semua nak wajah elok2 kan sundels!
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2022 06:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Habissss
Nak tengok kelindan2 lori acik kepamz hamis bercinta
tiap hari weols nampak dalam kehidupan seharian
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-5-2024 07:58 AM GMT+8 , Processed in 0.096214 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list