View: 1830|Reply: 6
|
Selepas Noki, Fadlan Hazim Pula- Pengarah Didakwa Suka Telanjangkan Artis Lelaki Dalam Drama
[Copy link]
|
|
Dituduh sebagai pengarah yang suka menampilkan pelakon lelaki tidak berbaju dalam drama, pengarah Shuhaimi Lua menjelaskan setiap tindakan itu bukanlah dilakukan dengan segaja.
Menurut Shuhaimi, dia juga sudah berbincang dengan pelakon itu sebelum meminta mereka melakukan aksi sebegitu.
Shuhaimi juga menegaskan sebagai seorang yang berpengalaman, dia cukup faham dengan panduan yang telah ditetapkan oleh Lembaga Penapisan Filem (LPF).
Foto: IG
“Ramai yang kata saya suka telanjangkan artis dalam drama. Sebenarnya tidak!
“Isu sebegini sepatutnya tak perlu timbul kerana apa yang dilakonkan adalah mengikut kesesuaian drama. Saya juga memberi pilihan kepada para pelakon untuk buka baju atau tidak. Saya akan buat jika mereka tidak ada masalah.
“Saya tahu syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh LPF. Jadi apa yang saya buat tidak melanggar peraturan badan tersebut,” katanya kepada mStar.
Shuhaimi mengulas perkara tersebut apabila nama penyanyi dan pelakon Noki menjadi bualan ramai gara-gara ‘belanja’ peminat dalam drama Oh My Hantaran sebelum ini.
Foto: mStar Online
Kemudian isu sama timbul apabila pelakon Fadlan Hazim pula melakonkan satu babak tanpa berbaju dalam drama terbaharu berjudul Chinta Arjuna.
Tidak pernah ambil peduli dengan komen netizen, Shuhaimi juga berharap penonton tidak cepat menilai sesebuah drama hanya kerana satu babak sahaja.
“Saya tidak terkesan dengan kata-kata netizen. Sepatutnya mereka lebih bijak mengkritik dengan menonton sesebuah drama secara keseluruhan. Bukan hanya dari satu babak sahaja.
“Jika ada yang melihat ia sebagai satu bahan marketing... terpulanglah. Pandangan penonton berbeza, ambillah pengajaran dari jalan cerita yang ingin disampaikan,” ujarnya. -CARI
Sumber: mStar Online
|
|
|
|
|
|
|
|
muka pengarah pun dah macam mama bosan mak hayam...haruslah seboleh-boleh pujuk tayang body, pelakon pulak memang jenis melayan sebab kekadang laris kekadang sendu....mak hayam pun jadik... pastu mengaku soooo straighttttt... yihhhh! |
|
|
|
|
|
|
|
Mana senah
Kakikudibibirmu sure berair tgk neh |
|
|
|
|
|
|
|
marketing u ols, bukan sahaja utk tarik perhatian makcik2 (penyumbang besar kepada view) tp juga utk adik2 mencuci mata kasi merembes.
pengarah pun dah mcm tu nk buat mcm mana, ni geng2 Hj Zil tp Hj Zil masih terkawal lg kot sbb Hj haha
tgk lah dia org komen kt ig masing2 akak2 sgt
pelakon laki lak nk up, apa lg rela jer lah demi nk dpt job lg |
|
|
|
|
|
|
|
banyak komplen, tapi ko buat jugak sebab sangkak sgt takde job.
lama2 dr tak suka terus suka.
gggttuuiiihhhh............. |
|
|
|
|
|
|
|
its okayyyy acik director
keluar jeee dari lemari kecik itewww |
|
|
|
|
|
|
| |
|